Berita Terkini

NAIB CANSELOR UMK TERIMA DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN (D.P.S.K)

Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) yang membawa gelaran Dato' dari Sultan Kelantan, Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM), Sultan Muhammad V bersempena sambutan Hari Keputeraan Baginda ke-53, di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

151122-03-02.jpg
Turut berangkat mencemar duli, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah.
Turut sama berangkat, Tengku Mahkota Kelantan Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Al Marhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson.
Sementara itu, Prof.Dr. Razli menzahirkan ucapan terima kasih diatas penganugerahan tersebut dan menyifatkan bahawa pengurniaaan anugerah ini sebagai satu pengiktirafan kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK).��Katanya, penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus membawa nama UMK serta negeri Kelantan ke peringkat global.

151122-03-04.jpg
“Insyallah, saya akan menjalankan amanah yang diberikan ini dengan lebih baik demi agama, bangsa dan negara.
“Tanpa kerjasama dan sokongan dari warga Universiti pencapaian ini mustahil untuk dicapai kerana kita telah bersama-sama memberi sumbangan kepada kerajaan negeri,” katanya.
Mengulas lanjut Prof. Dato’ Dr. Razli berkata pelan tindakan membangunkan universiti tidak akan berjaya tanpa pembabitan pelbagai pihak dalam UMK.
“Saya ingin mengaitkan kembali pada ucapan Bicara Ulung Naib Canselor pada September lalu bahawa UMK sentiasa berusaha untuk memperkasakan hubungan antara UMK, industri dan komuniti untuk memastikan program keterlihatan dan imej graduan UMK terserlah.

151122-03-05.jpg
“Justeru, kerjasama antara UMK dengan pelbagai agensi dalam negeri Kelantan, kerajaan persekutuan dan komuniti bertujuan untuk membangunkan universiti supaya kita dapat memberi sumbangan kepada masyarakat,” katanya.��Beliau berharap staf UMK bersatu hati dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dalam menggalas tugas dan amanah bukan untuk diri sendiri tetapi generasi masa depan.

151122-03-03.jpg

151122-03-06.jpg

151122-03-06-07.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png5.png8.png2.png4.png
Today52
Yesterday323
This week2075
This month7672
Total285824

Who Is Online

1
Online

2024-04-28

Search