Berita Terkini

PELAJAR UMK TERSENARAI DALAM ANUGERAH MONSTAR 100 TERBAIK ASIA YOUNG TALENTS

Anugerah ini telah dianjurkan oleh Monsta Asia untuk mencari dan mengiktiraf bakat anak muda yang memberi inspirasi, mempengaruhi dan memberi motivasi dengan bakat, cerita atau kerja mereka terhadap orang ramai dan komuniti mereka.
Shameera Nasreen antara ratusan calon yang berjaya dipilih dari seluruh Asia berdasarkan beberapa kriteria dan peribadi individu yang mempunyai bakat melangkaui pengajian akademik atau mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di universiti yang diiktiraf oleh negara.

161122-02-01.jpg

Beliau pernah dilantik sebagai Naib Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar (UMK) pada 2020/2021 dan aktif menyertai pertandingan debat, selain dipilih menjadi moderator dan hos untuk pelbagai program.

Pada masa sama, Shameera Nasreen juga merupakan perwakilan kawasan Bukit Mertajam dalam Parlimen Wanita Muda (PWM) serta Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam pada Sidang Wanita Pulau Pinang 2021.

161122-02-02.jpg

Beliau menggunakan platform tersebut untuk mengutarakan isu-isu berkaitan wanita terutamanya pemerkasaan Akta AntiGangguan
Seksual.

Shameera Nasreen juga memiliki kemahiran berkomunikasi dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin.
Sementara itu, daripada 100 Asia Young Talents MonStar Award 2022 yang disenaraikan akan menjalani proses saringan seterusnya untuk pemilihan ke peringkat pusingan akhir bagi 10 Top Asia Young Talents Award.

161122-02-04.jpg

Para pelajar akan dinilai berdasarkan esei dan persembahan video pendek mereka, di mana mereka akan diberi markah berdasarkan personaliti, keaslian dan viraliti. Panel juri terdiri daripada lima juri Datin Paduka Marina Mahathir (Aktivis dan Penulis sosio-politik Malaysia), Chef Wan (chef selebriti Malaysia, usahawan), Tan Sri Jemilah Mahmood (Pakar Perubatan Malaysia), Hassan Salahuddin (Ketua Perkongsian Pencipta Meta Malaysia dan Pakistan dan Iwn Natalia Navin (Ketua Pegawai Sumber Manusia Maxis).

161122-02-05.jpg

Dalam pada itu, Shameera Nasreen, merakamkan ucapan terima kasih kepada UMK kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian di dalam anugerah ini.

Tambah beliau, fokusnya kini adalah untuk berjaya ke peringkat senarai 10 teratas.

161122-02-06.jpg

161122-02-07.jpg

161122-02-08.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png2.png0.png
Today32
Yesterday316
This week32
This month7968
Total286120

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search