Berita Terkini

PASANGAN KEMBAR SEIRAS FHPK TERIMA IJAZAH SARJANA MUDA, CITA-CITA JADI USAHAWAN AGENSI PELANCONGAN


PASANGAN kembar Nur Syazwana Binti Zabidi (kakak) bersyukur apabila impian bergelar graduan serta berkongsi pentas konvokesyen bersama kembarnya, Nur Syazwani Binti Zabidi (adik), 24, menjadi kenyataan serta dapat meraikan majlis graduasi bersama-sama pada Istiadat Konvokesyen UMK Ke 12, pada 25 November 2022.

301122-03-01.jpg
Pasangan kembar tersebut merupakan antara 2,211 graduan yang bergraduat pada Istiadat Konvokesyen UMK Ke- 12, pada sidang keempat.
Kedua-dua pasangan kembar seiras ini juga berkongsi minat dan cita-cita sama dan impian untuk membuka syarikat pelancongan (Travel Agency) pada masa akan datang.
Beliau bersyukur dan tidak sangka akan dapat tawaran belajar di universiti yang sama dan juga dalam bidang yang sama walaupun semasa mengisi UPU dulu, kami ada mengisi bidang berbeza.
Tambahan itu, dia dan kakaknya mempunyai minat yang sama iaitu lebih kepada melancong, suka dengan keindahan alam (Nature Lover) dan juga volunteerism maka mereka memilih bidang pelancongan untuk meneruskan pengajian.

301122-03-06.jpg
Sementara itu, Nur Syazwani turut berkongsi kelebihan apabila sama-sama menyambung pengajian bersama kakaknya iaitu boleh mengulang kaji dan belajar bersama-sama.
Pasangan kembar berkongsi pengalaman dapat menjimatkan sedikit kos sepanjang pengajian seperti berkongsi barang/peralatan yang boleh dikongsi kerana mereka bukanlah dari keluarga yang senang.
Mereka juga berkongsi pengalaman terkandas semasa perintah berkurung dilaksanakan ketika pandemik COVID-19, apabila kami berdua berada di Kolej Kediaman Sri Kemumin ketika lockdown dilaksanakan.
“Kami berdua terpaksa berdikari, dan struggle study walaupun ketika itu laptop kami rosak, kami berdua juga sama-sama berkongsi perasaan dan emosi tanpa housemate.
“Manakala, rakan-rakan lain sempat pulang ke kampung halaman masing-masing hanya tinggal kami berdua sahaja,” katanya.

301122-03-02.jpg
Mereka berterima kasih kepada keluarga seorang senior yang baik hati meminjamkan ipadnya kepada kami serta pensyarah-pensyarah fakulti dan juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan bertanya keadaan kami semasa terkandas di kolej tempoh hari.
“Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak UMK yang terlibat dalam menjaga kebajikan kami para pelajar yang terkandas.
“Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat dalam penghantaran kami pulang ke kampung halaman untuk menyambut bulan ramadhan dan syawal bersama keluarga,” katanya.
Alhamdulillah daripada pengalaman ini keluarga tidaklah berasa susah hati walaupun berjauhan ketika itu kerana kami berdua di kolej yang sama dan kebajikan kami semua ketika itu di jaga elok oleh pihak UMK.

301122-03-03.jpg

301122-03-01.jpg

301122-03-04.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png4.png2.png1.png
Today333
Yesterday316
This week333
This month8269
Total286421

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search