Berita Terkini

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR, UMK TANDATANGANI LOI KERJASAMA DENGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR UNIVERSITAS AIRLANGGA INDONESIA

KOTA BHARU Januari 2023 I Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia menandatangani surat minat (LOI) bagi kerjasama antara kedua-dua institusi berkenaan dalam mengukuhkan sinergi bidang keilmuan dan bidang penyelidikan perubatan veterinar di peringkat antarabangsa.

020123-01-03.jpg
Majlis menandatangani LOI tersebut telah disempurnakan oleh Dekan FPV UMK, Dr. Mohd Farhan Hanif Reduan dan Dekan FPV UNAIR Prof. Dr. Mirni Lamid, pada majlis ringkas di Bilik Mesyuarat, FPV UMK.
Turut menyaksikan majlis menandatangani tersebut, Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni) FPV UNAIR, Prof. Dr. Rimayanti, Timbalan Dekan (Kolaborasi, Penyelidikan, Penerbitan dan Jaringan Komuniti), Prof. Dr. Mustofa Helmi Effendi, Ketua Jabatan Sains Veterinar, Prof. Dr. Widjiati, Ketua Jabatan Pengajian Pascasiswazah Perubatan Veterinar, Prof. Dr. Lucia Tri Suwanti, Ketua Program Pengajian Vaksin dan Imunoterapeutik, Prof. Dr. Jola Rahmahani dan Ketua program Pengajian Veterinar, Dr Yulianna Puspitasari.

020123-01-02.jpg
Menurut Dr. Mohd Farhan, melalui kerjasama itu kedua-dua pihak akan memberi tumpuan dalam kerjasama pengajaran dan penyelidikan termasuk kerjasama yang melibatkan pembangunan kepakaran serta pertukaran pelajar dan staf melibatkan pemindahan ilmu Perubatan Veterinar antara dua buah negara, Malaysia-Indonesia.
Katanya, kerjasama itu turut membabitkan pertukaran maklumat dan perkongsian penerbitan akademik, ilmiah bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
“Hasil jalinan kerjasama tersebut juga diharapkan mampu melonjakkan ranking kedua-dua universiti dipersada dunia,” katanya.
Dalam kunjungan itu, delegasi dari FPV UNAIR telah dibawa melawat ke Makmal Pengajaran dan Penyelidikan FPV, Perpustakaan, Makmal Pengajaran Haiwan Eksotik dan Hospital Pengajar Perubatan Veterinar, di UMK Bachok.

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png3.png8.png
Today250
Yesterday316
This week250
This month8186
Total286338

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search