Berita Terkini

MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2023 BERSAMA MENTERI PENDIDIKAN TINGGI  

BACHOK, 30 Jan 2023 | Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 bersama Menteri Pendidikan Tinggi , YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, telah diadakan di Dewan Za'aba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya, 9.30 pagi pada 30 Januari 2023.310123-01-05.jpg

310123-01-03.jpg

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YB Senator Tan Sri Hj. Mohammad Fatmi Che Salleh dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.

Sementara itu, UMK diberi penghormatan oleh KPT untuk berinteraksi menerusi Sesi Interaksi Secara Dalam Talian melalui
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad.

310123-01-11.jpg

Terdahulu, seramai 100 orang staf dan pelajar UMK yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Universiti serta Ketua-Ketua Jabatan turut mengikuti sesi siaran langsung dari FB Live MOHEOfficial di Auditorium Pejabat Perpustakaan & Pengurusan Ilmu, UMK Bachok.

310123-01-02.jpg

Dalam ucapan Dato' Seri Mohamed Khaled, KPT mengariskan 11 aspirasi untuk perancangan, agenda dan hala tuju baharu KPT yang menjadi tonggak dalam usaha melonjakkan sektor pendidikan agar lebih berkualiti dan diiktiraf seantero dunia.

310123-01-04.jpg

Beliau juga akan menubuhkan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional untuk berdepan pelbagai krisis dan cabaran baharu.

 

310123-01-06.jpg

310123-01-07.jpg

310123-01-08.jpg

310123-01-09.jpg

310123-01-12.jpg

310123-01-13.jpg

310123-01-10.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png8.png6.png
Today198
Yesterday316
This week198
This month8134
Total286286

Who Is Online

4
Online

2024-04-29

Search