Berita Terkini

SAMBUTAN LUAR BIASA LEBIH 6,000 MAHASISWA DAN PELAJAR SEKOLAH HADIR TEMU ANWAR KELANTAN


BACHOK, 18 Jun 2023 I Program Temu Anwar Kelantan menerima sambutan hangat apabila lebih 6,000 mahasiswa dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) termasuk mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi di seluruh Kelantan serta pelajar Tingkatan Enam dari sekolah sekitar Bachok membanjiri Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMK Bachok untuk mengikuti program tersebut.

050723-03-04.jpg
Ketibaan YAB Datuk Seri Anwar dan Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Dr. Hassan Basri Mat Dahan dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.
Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim di ajukan pelbagai soalan oleh para mahasiswa dan pelajar sekolah yang turut mengambil bahagian dalam Program Temu Anwar yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

050723-03-05.jpg
Program Temu Anwar Kelantan anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) diadakan sempena lawatan Perdana Menteri ke Kelantan pada 18 Jun 2023.
Sementara itu, YAB Dato’ Seri Anwar memulakan wacana dengan melontarkan definisi konsep Malaysia Madani dengan mengupas corak pemikiran anak muda perlu lebih kritis dan terbuka serta mempunyai idealisme dan sikap membenci kepura-puraan, rasuah serta penyelewengan.

050723-03-06.jpg
Beliau berkata, konsep anak muda dalam Malaysia Madani seharusnya cinta kepada keadilan dan kemanusiaan. Beliau menaruh harapan tinggi bahawa dalam keadaan negara sekarang, dalam pengalaman lalu, perpecahan kaum, agama, rasuah yang menjadi sistemik, ketirisan.
Justeru, PM memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak muda, berfikir secara kritis.

050723-03-07.jpg
Beliau tidak mahu anak muda jadi macai dan jadi walaun. Berfikir dengan baik dan guna kewarasan dan tidak hanya jadi alat perkakas.
“Bersyarah berdegar gegak gempita tetapi mewakili sosok yang kolot dan jumud.
“Konsep Malaysia Madani juga mahu membawa corak pemikiran baru. Lebih bebas, lebih terbuka, tahu apa erti kebenaran, keadilan dan mempertahankan hak kita. Masa depan negara ini dalam landasan jelas, kebebasan, kemanusiaan dan hentikan kerosakan,” katanya.

050723-03-08.jpg
Perdana Menteri juga turut berkongsi pengalaman beliau dengan ulama terkemuka dunia iaitu Almarhum Dr Yusuf al Qardhawi.
Katanya, Allahyarham memiliki perwatakan yang mempersonakan dalam menyampaikan dakwah.
“Ulama dunia itu tidak pernah keras dalam pendekatan dakwah beliau. Sentiasa menyerukan kecintaan, rahmah dan keindahan Islam.
“Dr. Yusuf al Qardhawi mempunyai ilmunya mendalam, semangat kental, dan sikapnya jelas tentang Islam. Sosoknya sentiasa membawa semangat kecintaan, rahmah. Konsep dakwahnya tidak bebal dan menghukum orang.

050723-03-09.jpg
“Beliau tidak pernah menolak (sesetengah golongan) dengan keras atau berkata dengan keras kepada sesiapa bahawa jika kamu tidak mahu Islam kamu masuk neraka. Tidak ikut kami kamu sesat,' tiada langsung suara keras seperti itu,” katanya.
YAB Datuk Seri Anwar juga turut mengimbau semasa di penjara dimana Dr. Yusuf Qardhawi pernah tulis (mengkritik) keras sikap zalim menolak kebenaran.
“YB Dr. Wan Azizah pernah menemui Dr. Yusuf Qardhawi di Qatar dan berkata bahawa beliau tidak akan datang ke Malaysia selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibebaskan dari penjara,” katanya.

050723-03-10.jpg
Perdana Menteri juga turut menyentuh sedikit mengenai keperibadian Menteri Besar Kelantan, YAB Datuk Ahmad Yaakob yang memiliki sikap keperibadian dan akhlak yang baik serta tidak pernah mencerca musuh politik.
Kerajaan Persekutuan cuba untuk menyelesaikan masalah dan isu air di Kelantan, bantuan segera penambatan banjir dan isu-isu pembangunan yang lain.

050723-03-11.jpg

050723-03-01.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png3.png5.png
Today247
Yesterday316
This week247
This month8183
Total286335

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search