COVID-19

COVID-19

UMK KELUARKAN 9 GARIS PANDUAN COVID-19

COVID 19 : PRIHATIN DENGAN PELAJAR DAN WARGANYA, UMK KELUARKAN 9 GARISPANDUAN

SELARAS dengan tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengeluarkan sembilan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh staf dan pelajar UMK menerusi Pekeliling Pentadbiran dan Garis Panduan bagi Fasa Penularan Wabak dan Fasa Pasca Penularan Wabak.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, pengurusan
Universiti melalui Pejabat Pendaftar mengambil pendekatan tersebut bagi menjamin keselamatan dan kesihatan warga UMK dengan mengeluarkan enam (6) Pekeliling Pentadbiran manakala Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dua (2) Pekeliling Akademik berkaitan Covid-19.

Katanya, selain itu pelbagai notis dan garis panduan turut dikeluarkan untuk makluman dan panduan semua yang mengambil kira situasi semasa yang berlaku dan keputusan yang sentiasa berubah.

“Melalui panduan daripada KPT, UMK telah menyediakan ‘scenario planning’ dan menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi platform Portal Rasmi COVID-19 UMK yang boleh dilayari di http://www.umk.edu.my/covid19.

“Sehubungan itu, semua warga UMK dipohon sentiasa mengambil cakna mengenai hebahan yang disampaikan oleh Pengurusan Universiti berdasarkan kepada keadaan semasa untuk panduan ketika berada dalam tempoh PKP,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi berkata, warga UMK juga dipohon sentiasa mengambil langkah kawalan yang perlu sepertimana disarankan oleh KKM dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU).

Katanya, dalam tempoh PKP ini staf yang berada di kediaman masing-masing masih perlu melakukan tugasan pejabat, pengajaran dan penyelidikan dari rumah dan hadir ke pejabat sekiranya diarahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.

“Manakala pelajar boleh melakukan ulangkaji pelajaran dan mengikuti kelas secara atas talian dari kediaman masing-masing,” katanya.

Beliau juga turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih dan tahniah kepada semua warga UMK yang sentiasa memberikan kerjasama dan menunjukkan dedikasi yang tinggi terutama ‘front liners’ daripada Pejabat HEP, Pendaftar, Bendahari, PKU, Keselamatan dan MPP.

Selain itu, komitmen tinggi oleh pensyarah dan penyelidik yang terlibat dalam menyediakan hand sanitisers, face shields dan PPE Suits. Mereka Ini telah menyumbang kepakaran masing-masing untuk memberi sumbangan besar kepada negara dalam mengatasi penularan wabak Covid -19.

“UMK turut melancarkan Tabung Covid-19 bermula 25 Mac 2020 untuk membantu staf dan pelajar yang terkesan dengan menghadapi tempoh PKP.

“Selain itu, sumbangan ini juga untuk menampung keperluan dana kos pengurusan kawalan dan pencegahan yang diperlukan oleh barisan hadapan pengurusan Universiti yang gi gih menguruskan Kelab COVID 19,” katanya.

Justeru, sumbangan dari warga UMK samada besar atau kecil amat bermakna bagi membantu universiti dan meringankan beban mereka yang terkesan dari wabak ini.

Seluruh warga UMK, alumni serta sahabat UMK dapat mengatasi cabaran ini secara bersama kerana UMK adalah lebih daripada sebuah universiti dan UMK adalah sebuah komuniti.

Oleh : Pusat Komunikasi Korporat

kawalanpergerakan2

Web Traffic

2.png8.png4.png6.png9.png6.png
Today31
Yesterday347
This week947
This month6544
Total284696

Who Is Online

1
Online

2024-04-25

Search