COVID-19

COVID-19

UMK BANGUN PERANTI PENGESANAN PINTAR - SMART TRACKING...

UMK BANGUN PERANTI PENGESANAN PINTAR - SMART TRACKING - UNTUK PENGESANAN COVID-19 DIKALANGAN STAF DAN PELAJAR

PENGKALAN CHEPA 1 April I Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa 18 Mac hingga 14 April 2020, telah memberi ilham kepada Pengurusan Tertinggi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) membangunkan satu sistem yang dinamakan Smart Tracking untuk meningkatkan pengawasan dan memudahkan komunikasi serta pemantauan secara langsung melibatkan staf dan pelajar. Menggunakan sumber dan kepakaran dalaman UMK, sistem itu berfungsi bermula hari ini.

Pengarah CCI, En. Wan Azlee Hj. Wan Abdullah berkata sistem Smart Tracking merupakan aplikasi berasaskan telefon pintar (Android dan iOS) dan Web (Dashboard) Yang dibangunkan dengan kerjasama
Pusat Kesihatan Universiti, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Pejabat Pendaftar.

Beliau yang mengulas fungsi utama sistem ini ialah untuk mengesan lokasi staf dan pelajar berdasarkan koordinat GPS, tahap kesihatan dan status mengikut rantaian wabak COVID-19 (Kategori A-E) sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

“Sistem ini memudahkan komunikasi dan pemantauan secara langsung melibatkan 9,705 pelajar (9052 UG, 653 PG) dan 1267 staf dari pelbagai lokasi sama ada berada di rumah, di kampus (kolej kediaman di Taman Bendahara, Kemumin, Bachok dan Jeli) dan lain-lain lokasi.

“Pengesanan lokasi keberadaan staf dan pelajar diplot berdasarkan koordinat GPS daripada telefon pintar dan data direkod dalam pangkalan data universiti dimana
Maklumat status dan tahap kesihatan juga diperolehi berdasarkan rekod yang dikemaskini oleh staf dan pelajar dari semasa ke semasa,” katanya.

Status kesihatan ini dikategorikan berdasarkan pengesanan rantaian wabak COVID-19 yang terbahagi kepada Kategori A (disahkan positif), Kategori B (kontak rapat dengan individu kategori A), Kategori C (kontak rapat dengan individu kategori B ), Kategori D (kontak rapat dengan individu kategori C ) dan Kategori E (tiada kaitan dengan mana-mana kategori A,B,C atau D).

Menurut En. Wan Azlee, aplikasi sistem ini juga dibangunkan dengan dashbord khas bagi membuat pemantauan, analisis berasaskan statistik.

“Menerusi data yang sama juga boleh dibuat analisis dan padanan kepada kawasan berisiko yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta keperluan perancangan bagi melaksanakan ePembelajaran.

“Maklumat umum dan terkini berhubungan COVID-19 diintegrasi bersama dengan Portal COVID-19 UMK dan sistem ini mengunakan setiap maklum balas staf dan pelajar dari semasa ke semasa yang yang bersesuaian,” katanya.

Tambah En Wan Azlee, pihak CCI juga telah memasukkan perisian ini ke dalam Apps Store dan Play Store. Namun demikian proses untuk dilepaskan (release) oleh pihak mereka mengambil masa berdasarkan syarat perkhidmatan yang diberikan.

Untuk penggunaan sementara, staf dan pelajar disarankan memasang file APK (pengguna telefon pintar Android) seperti yang dilampirkan, manakala bagi pengguna telefon pintar Apple boleh akses menerusi url berikut https://smarttracking.umk.edu.my/.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung panduan penggunaan Sistem Smart Tracking ini boleh berhubung dengan Pusat Komputeran dan Informatik di dengan menghubungi En. Ahmad Hakimi bin Mohd Yasim (017-921 7886) dan Puan Siti Suhaila binti Mohd Nawi (010-908 7310).

Oleh : Pusat Komunikasi Korporat

apps2

Web Traffic

2.png8.png4.png5.png6.png6.png
Today248
Yesterday281
This week817
This month6414
Total284566

Who Is Online

3
Online

2024-04-24

Search