COVID-19

COVID-19

INISIATIF PROMOSI HARGA JUALAN PATUT KOPERASI UMK...

INISIATIF PROMOSI HARGA JUALAN PATUT KOPERASI UMK MENJADI PILIHAN UNTUK RINGANKAN BEBAN YANG TERKESAN KERANA PKP

BACHOK 15 April I Promosi Barang Asas Jualan Harga Patut berupa pakej khas barang keperluan asas yang dilaksanakan oleh Koperasi UMK Berhad mendapat sambutan memberangsangkan selepas tujuh hari dilancarkan.

Pengerusinya, Prof. Madya Dr Mohammad Ismail berkata, promosi Harga Jualan Patut itu diadakan kerana memahami situasi yang dihadapi pelbagai pihak ekoran Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dalam membendung penularan COVID-19.

Katanya, promosi yang dilancarkan oleh COOP Mart Koperasi UMK Berhad itu bermula pada 7 April sehingga 14 April 2020 terbuka kepada semua staf termasuk Ahli Koperasi serta penduduk setempat sekitar Bachok.

“Alhamdullilah, sejak hari pertama dilancarkan kami telah mendapat pesanan tempahan yang tinggi daripada pelanggan terutamanya pesanan di atas talian.

“Tempahan atas talian menjadi pilihan pengguna kerana ramai yang mahu mengurangkan pergerakan kerana PKP yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan. Pihak COOP Mart juga menyediakan perkhidmatan penghantaran rumah ke rumah dalam tempoh promosi tersebut," katanya.

Menurut Prof. Madya Dr. Mohammad, pihak Koperasi UMK Berhad juga menyediakan perkhidmatan pengagihan termasuk penghantaran  kepada mereka yang berminat untuk membuat sumbangan khidmat masyarakat (CSR) kepada individu atau sumbangan korporat untuk diagihkan kepada asnaf dan golongan B40 yang memerlukan bantuan.

“Perkhidmatan yang ditawarkan ialah penyediaan, pembungkusan dan penghantaran barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, bihun, sardin dan lain-lain dengan harga promosi pakej RM50.00,” katanya.

Prof. Madya Dr. Mohammad merakamkan ucapan terima kasih diatas sokongan warga UMK dan ahli koperasi yang mengambil insiatif di atas promosi yang dilaksanakan dalam tempoh kawalan pergerakan ini.

Sementara itu, rata-rata warga UMK menyambut baik insiaitif promosi Harga Jualan Patut Yang ditawarkan oleh Koperasi UMK Berhad.

Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan selaku Pensyarah di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, dalam menghadapi tempoh PKP ini terdapat insan yang terkesan terutama bagi mereka yang bergaji hari.

Katanya, sekiranya mereka tidak bekerja dalam tempoh ini maka kehidupan seharian mereka juga terjejas.

“Malah, dalam coretan di media sosial banyak menggambarkan kesusahan golongan ini. Bantuan dari kerajaan, pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), korporat atau individu amat diperlukan dalam situasi krisis ini.

“Justeru, saya dan staf FKP mengambil insiatif ini untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi UMK Berhad untuk memberi sumbangan kepada pekerja kontrak UMK Kampus Kota seperti pencuci bangunan dan golongan asnaf di sekitar Pengkalan Chepa untuk meringankan beban mereka yang tidak berkemampuan dan terkesan susulan perintah berkenaan,” katanya.

Katanya, pihak FKP berjaya membuat kutipan Sedekah Syaaban sebanyak RM1,500.00 untuk membeli barangan asas melalui Koperasi UMK Berhad.

“InsyaAllah, pihak FKP akan meneruskan sumbangan ini untuk sedekah Ramadhan nanti,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

Web Traffic

2.png8.png5.png1.png1.png7.png
Today50
Yesterday402
This week1368
This month6965
Total285117

Who Is Online

1
Online

2024-04-26

Search