COVID-19

COVID-19

UMK TERIMA 400 PEK MAKANAN DARI PENJARA PENGKALAN CHEPA

UMK TERIMA 400 PEK MAKANAN DARI PENJARA PENGKALAN CHEPA

KOTA BHARU 30 April I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima sumbangan 400 bungkusan berupa makanan Iftar Ramadan daripada Jabatan Penjara Pengkalan Chepa untuk diagihkan kepada pelajar
di kolej kediaman UMK Kampus Kota Taman Bendahara,Pengkalan Chepa.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Komisioner Penjara, Encik Mat Yaacob kepada Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Almuni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Pendaftar UMK merangkap Komandan Kor Siswa Siswi Koreksional (SISKOR), Puan Mazula Sabudin.

Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada program khidmat sosial Jabatan Penjara Malaysia kepada pelajar UMK yang berada di kolej kediaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Katanya, sumbangan ini amat bermakna dan pihak Universiti merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian menyampaikan sumbangan kepada para pelajar.

"Sumbangan ini selaras dengan matlamat UMK For Society yang komited untuk sentiasa menjalin hubungan rapat dengan komuniti termasuklah Jabatan Penjara Malaysia.

“Kerjasama ini juga dengan usaha komited Universiti menerusi penubuhan anggota Siswa Siswi Koreksional ( SISKOR ) UMK selaku entiti badan beruniform pelajar yang berorientasikan aktiviti-aktiviti koreksional yang melibatkan penjara,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Web Traffic

2.png8.png4.png3.png4.png1.png
Today23
Yesterday281
This week592
This month6189
Total284341

Who Is Online

2
Online

2024-04-24

Search