COVID-19

COVID-19

OPS HANTAR PELAJAR UMK BERJALAN LANCAR

OPS HANTAR PELAJAR UMK BERJALAN LANCAR

KOTA BHARU 30 April I Perjalanan operasi penghantaran pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini berjalan dengan lancar, kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli.

Beliau berkata, proses penghantaran itu melibatkan 128 pelajar UMK termasuk 11 pelajar bukan UMK yang berada di Zon Timur bermula jam 9.00 malam tadi melibatkan destinasi Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Jumlah tersebut sebahagian daripada 1,000 pelajar UMK yang berada lebih 40 hari di kampus UMK sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa 18 Mac lalu.

“Proses penghantaran pelajar hari ini mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Allhamdullilah, pihak kami telah mengambil langkah-langkah awal demi keselamatan proses semasa dan selepas sesi penghantaran pelajar,” katanya.

Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, Pusat Kesihatan Universiti turut melakukan pemeriksaan suhu badan atau saringan kesihatan untuk memastikan pelajar pulang dengan selamat.

“Proses Pendaftaran dan pengisian maklumat diri pelajar hari ini juga berjalan lancar bagi pergerakan pulang kumpulan pelajar
dari ketiga-tiga kampus.

“Pihak UMK menyediakan sebanyak tujuh buah bas dan sebulan van untuk kumpulan pelajar fasa pertama bagi pergerakan ke destinasi masing-masing.

“Kita berharap perjalanan para pelajar dan para petugas selamat pergi dan kembali ke destinasi,” katanya.

Sementara itu, proses sanitasi bagasi yang dibawa pelajar turut dilakukan dengan oleh Pasukan Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu sebelum bas-bas membawa pelajar bertolak ke destinasi.

Proses penghantaran pelajar pulang peringkat UMK melibatkan tujuh zon iaitu Zon Timur (30 April), Zon Tengah (2 Mei), Zon Utara (3 Mei), Zon Selatan (6 Mei) dan Zon Perak (10 Mei).

Manakala Zon Sarawak dan Zon Sabah akan dimaklumkan kemudian.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 05 01 at 6.07.23 AM

Web Traffic

2.png8.png2.png8.png3.png0.png
Today109
Yesterday340
This week1181
This month4678
Total282830

Who Is Online

3
Online

2024-04-18

Search