COVID-19

COVID-19

TERIMA KASIH UMK KERANA JAGA KAMI. KINI KAMI SELAMAT PULANG ~ PELAJAR UMK

TERIMA KASIH UMK KERANA JAGA KAMI. KINI KAMI SELAMAT PULANG ~ PELAJAR UMK

KOTA BHARU 8 Mei I Sembilan buah bas digunakan bagi misi penghantaran pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Ops Hantar Pelajar UMK yang mula bertolak dari UMK Kampus Kota, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa kira-kira jam 9 malam tadi.

Operasi penghantaran pelajar-pelajar itu disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan, YDH SAC Abdullah Muhammad Piah.

Prof. Ts. Dr. Zaliman berkata, pergerakan bas itu membawa 190 pelajar UMK termasuk seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) dan dua pelajar Lincoln College University bagi perjalanan ke destinasi Zon Selatan.

Katanya, kaedah penghantaran pulang pelajar berlangsung dengan teratur serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Proses itu termasuklah membuat pemeriksaan suhu badan atau saringan kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan proses sanitasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu,” katanya.

Prof. Ts. Dr. Zaliman turut memaklumkan pergerakan pulang pelajar dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dijangka berlangsung pada 10 Mei 2020.

Sementara itu, rata-rata pelajar UMK yang ditemui melahirkan rasa gembira selepas dapat pulang ke rumah masing-masing sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa sejak 18 Mac lalu.

Pelajar Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Sdr. Mohd Hafizuddin Azmi, berkata beliau sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah dan bertemu keluarga di kampung selepas lebih sebulan berada di kampus.

Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UMK yang bertungkus-lumus menguruskan perjalanan kami untuk pulang dengan selamat.

“Selain itu, kami juga berterima kasih kepada petugas barisan hadapan UMK yang menguruskan makan minum pelajar yang terkandas sepanjang PKP di kampus,” katanya yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.

Manakala Muhamad Afiq Haikal, berasal dari Johor Bharu yang mengikuti pengajian di FKP berterima kasih kepada pihak universiti yang tidak kenal penat lelah dalam hal ehwal menjaga kebajikan kami sejak hari pertama PKP lagi.

“Kami akan memastikan setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dapat dipatuhi sebelum dan selepas tiba di rumah.

"Kami menghargai peranan frontliner UMK khususnya PKU yang berusaha untuk mengekang rantaian COVID-19, termasuk menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang tempoh PKP ini," katanya.

Bagi Nurul Shafinah Abdul Hamid, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan menarik nafas lega akhirnya kerajaan telah membenarkan pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing.

"InshAllah, kami semua boleh pulang dan dapat berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga di kampung.

“Terima kasih pada KPT dan UMK yang telah menguruskan penghantaran pulang kami semua hingga selamat tiba ke destinasi masing-masing,” katanya.

Sehingga kini UMK berjaya menghantar pulang seramai 705 pelajarnya daripada jumlah lebih kurang 900 orang pelajarnya kerana PKP.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 05 07 at 2.34.36 PM

WhatsApp Image 2020 05 07 at 2.34.36 PM 1

WhatsApp Image 2020 05 07 at 2.34.37 PM 1

Web Traffic

2.png8.png3.png3.png6.png1.png
Today76
Yesterday291
This week1712
This month5209
Total283361

Who Is Online

2
Online

2024-04-20

Search