COVID-19

COVID-19

UMK SUMBANG 2000 PPE KE PENJARA ALOR SETAR

Peralatan berkenaan meliputi 2,000 unit Sut PPE, 2,000 botol cecair pembasmi kuman dan 500 pelitup muka untuk Penjara Kedah.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, sumbangan itu dibuat diatas dasar keprihatinan  UMK berikutan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara bagi membantu para petugas barisan hadapan dalam menangani pesakit Covid 19.

“Sumbangan ini adalah sejajar dengan tagline UMK Untuk Masyarakat atau UMK for Society”, maka pihak UMK cakna dengan keadaan semasa berkenaan penularan mendadak pandemik Covid 19 di beberapa negeri, antaranya membabitkan kluster tembok di Kedah.

“Justeru itu, UMK menerusi Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menyerahkan  PPE suit, pelindung muka dan pensinitasi tangan kerana peralatan ini amat diperlukan oleh pihak barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan PPE kepada Pengarah Penjara Negeri Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Tuan Mat Yaacob, di Penjara Pengkalan Chepa, pada 8 Oktober 2020.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Dr. Hanisa Hassan, Pengarah Bahagian Komersialan Dan Harta Intelek, Prof. Madya Ir. Dr. Julie Juliewatty  Mohamed dan Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Mohamad.

Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, inilah antara sumbangan kita kepada komuniti apatah lagi negara berdepan dengan Covid-19.

Katanya, sumbangan UMK kepada petugas barisan hadapan telah dimulakan sejak awal Covid-19 dimana pihak FTKW yang diketuai oleh  Dr. Hanisa telah mengambil inisiatif menghasilkan tiga produk inovasi peralatan perlindungan diri (PPE) iaitu PPE suit, pelindung muka (face shield visor) dan kotak intubasi (intubation box).

serah kedah2“PPE ini merupakan satu set lengkap untuk kegunaan petugas-petugas barisan hadapan yang dikenali sebagai projek   ‘Comprehensive COVID-19 Protective Equipment’.

“Projek ini turut mendapat bantuan dan kerjasama daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMK dan agensi-agensi luar termasuk Penjara Pengkalan Chepa, Hospital Raja Perempuan Zainab II serta Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan,” katanya.

Tambah beliau, penghasilan produk ini turut mendapat pengiktirafan dan sokongan apabila ketiga-tiga produk inovasi telah menerima bantuan geran pembangunan inovasi melalui Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) di bawah kelolaan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) pada tahun 2020 sebanyak RM150,000.

PPE suit buatan UMK dibangunkan dengan menggunakan fabrik non-woven yang mempunyai kadar resapan air yang rendah serta lebih cepat dihasilkan dengan menggunakan pola baju yang lebih menjimatkan kain.

“PPE suite ini digunakan untuk melindungi bahagian kepala, badan dan kaki daripada jangkitan virus COVID-19. Tambahan pula, pelindung muka dan kotak intubasi direka dengan perisian Computer Aided Design (CAD), seterusnya dipotong menggunakan laser mesin Kawalan Berangka Komputer (CNC) pada akrilik.

“Manakala pensinitasi tangan (hand sanitizer) pula dibangunkan oleh saintis dari Fakulti Sains Bumi dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi menggunakan formulasi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO.

“Projek penghasilan pensinitasi tangan ini dibiayai oleh UMK sendiri sebanyak RM 110,500 dan telah diagihkan secara percuma kepada pelajar dan staff UMK dan juga agensi agensi kerajaan dan swasta,” katanya.

Sementara itu, Tuan Mat berkata, sumbangan oleh UMK  akan diagihkan bersama sumbangan dari Persatuan Orang Kota Bharu, dan Ahli Lembaga Hakim Pelawat ke Penjara Alor Setar.

“Pihak kami menyambuat baik kerjasama dan keperihatinan UMK untuk membantu barisan hadapan menangani Covid-19.

“Kerjasama UMK dan Penjara Pengkalan Chepa telah lama berlangsung khususnya untuk menjahit PPE yang dijahit oleh banduan,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

serah kedah3

Web Traffic

2.png8.png4.png9.png9.png3.png
Today328
Yesterday347
This week1244
This month6841
Total284993

Who Is Online

1
Online

2024-04-25

Search