COVID-19

COVID-19

PENGAMAL MEDIA TERIMA SUMBANGAN PELINDUNG MUKA DAN PENSINITASI TANGAN

BACHOK 9 Februari I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil insiatif menyumbang 50 unit Pelindung Muka (face shield visor) dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) kepada Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI).

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi Ismail kepada Presiden KEMUDI, En. Shahnun Haniff Abdullah Suhaimi, di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan, pada 9 februari 2021.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Arham Abdullah, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Timbalan Presiden KEMUDI, En. Zabidi Ishar dan Setiausaha Kemudi, Siti Fatihah Awang.

Menurut Prof. Dato’ Noor Azizi, penghasilan produk perlindungan diri (PPE) oleh UMK iaitu PPE suit, pelindung muka (face shield visor), cecair pebasmi kuman dan kotak intubasi (intubation box) telah dimulakan sejak Mac 2020 berikutan penularan pandemik Covid 19.

Katanya, sumbangan kepada pengamal media tanda prihatin UMK terhadap keselamatan dan kesihatan pengamal media yang menjadi barisan hadapan ketika bertugas pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 yang sentiasa melaporkan perkembangan terkini dan situasi semasa virus Covid-19 di Kelantan.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Web Traffic

2.png8.png3.png2.png1.png2.png
Today218
Yesterday273
This week1563
This month5060
Total283212

Who Is Online

2
Online

2024-04-19

Search