COVID-19

COVID-19

UMK PERGIAT PROMOSI BANTU PROGRAM IMUNISASI COVID 19

BACHOK 19 Mei I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengembleng tenaga merancakkan usaha Program Imunisasi (PICK) Covid 19 Kebangsaan dengan mengadakan Kempen Jom Pakat Gi Vaksin bagi meningkatkan ketersampaian usaha vaksinasi di seluruh Kelantan.

Naib Canselornya, Prof. Dato' Dr. Noor Azizi Ismail, berkata UMK Bachok telah dipilih sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk daerah Bachok dan telah mula beroperasi pada 6 Mei yang lalu.

Beliau berkata, selain menyediakan kemudahan tempat untuk dijadikan pusat vaksinasi oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), UMK turut mengambil inisiatif untuk memulakan kempen galakan mendaftar dan hadir untuk menerima suntikan vaksin.

"Menerusi 1,254 orang staf dan 10,260 orang pelajar UMK akan berperanan sebagai agen dan sukarelawan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan keluarga terdekat supaya mendaftar untuk mendapatkan vaksin.

"Pihak sukarelawan akan membantu untuk proses pendaftaran penerimaan vaksin dan membawa mereka hadir ke pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan," katanya pada sidang media Program Imunisasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, Kelantan.

Menurut Prof. Dato' Dr. Noor Azizi, UMK mengambil insiatif mengadakan kempen ini menggunakan dialek Kelantan bertujuan menggalakkan rakyat di negeri ini mendaftar dan hadir menerima suntikan vaksin.

Katanya, ini berikutan jumlah yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin masih rendah iaitu sekitar 26,000 berbanding hampir 105,000 penduduk.

"Hebahan kempen itu disalurkan menerusi laman media sosial universiti termasuk di ‘group chat’ aplikasi WhatsApp.

"Kempen ini dimulakan dengan memberi kesedaran dan maklumat kebaikan serta vaksin kepada keluarga dan masyarakat terdekat," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Pasukan Kesihatan Program Vaksinasi Bachok, Dr Azilawati Dollah berkata, hanya 40 peratus penduduk daerah bachok yang telah mendaftar hadir ke program vaksinasi yang diadakan di UMK setiap sesi diadakan setiap hari bermula minggu akhir ramadan lalu.

vaksin

Web Traffic

2.png8.png4.png2.png2.png7.png
Today190
Yesterday288
This week478
This month6075
Total284227

Who Is Online

4
Online

2024-04-23

Search