GLOBAL

General

UMK LANCAR PROGRAM BARANG ASAS (BA) 100 BANTU RINGAN BEBAN SARA HIDUP B40

UMK LANCAR PROGRAM BARANG ASAS (BA) 100 BANTU RINGAN BEBAN SARA HIDUP B40

PENGKALAN CHEPA 15 Januari I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi universiti pertama di kalangan Institusi Pengajian Tinggi melancarkan Program Barang Asas (BA) 100 bagi membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat terutamanya kepada golongan B40.

Pelaksanaan Program BA 100, itu diurus oleh Coopmart Koperasi UMK Berhad dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian asas pada harga antara 10 hingga 20 peratus lebih murah berbanding produk lain.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, pemilihan UMK sebagai universiti pertama dalam kalangan IPT Malaysia dan pertama di Kelantan yang menawarkan Program BA 100 adalah bertepatan dengan konsep universiti untuk masyarakat khususnya untuk membantu meringankan kos sara hidup masyarakat di kawasan sekitar Kampung Hujung Repek dan Bachok amnya.

Katanya, penglibatan Koperasi UMK Berhad dalam bidang peruncitan adalah langkah untuk menaik taraf hidup Warga koperasi dan masyarakat dengan hasrat menggalakkan ahli-ahlinya terlibat dalam aktiviti keusahawanan.

“Ini merupakan satu lonjakan dan perancangan jangka panjang untuk mengalihkan kebergantungan koperasi tidak lagi hanya menyediakan kemudahan pinjaman pengguna semata-mata kepada ahli.

“Bidang Peruncitan merupakan salah satu daripada fokus perancangan Koperasi UMK Berhad untuk tahun ini disamping servis kredit pengguna, latihan dan konsultasi, projek penternakan, hartanah, dan projek pengkomersialan,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Barang Asas 100 (BA 100) Peringkat IPT Malaysia, di CoopMart Koperasi UMK Berhad, Bachok, Kelantan, hari ini.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Pengerusi Koperasi UMK Berhad, Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail, Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim.

Dalam pada itu, Dato’ Hj. Abdul Fattah berkata, program Pembekalan Barangan Asas 100 atau lebih dikenali sebagai BA100 merupakan satu program bersepadu yang diperkenalkan oleh ANGKASA dalam usaha berterusannya untuk menggerakkan perniagaan koperasi terutama membantu dan menawarkan penjualan barangan asas dengan harga berpatutan.

Katanya, program Barang Asas 100 (BA 100) diperkenalkan dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah (B40) khususnya penduduk di bandar dan luar bandar. Program ini berteraskan E-dagang yang akan mengumpulkan belian barang asas secara pukal mengikut permintaan kira-kira 3,000 koperasi runcit di seluruh negara.

Sementara itu, pada satu majlis lain yang berlangsung di Bangunan Canselori, UMK Bachok. Pihak ANGKASA dan UMK telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama bagi memperkasa kualiti pengurusan sumber manusia dan meningkatkan kemampanan industri koperasi melalui kerjasama penyelidikan dan khidmat nasihat.

Melalui kerjasama itu membolehkan UMK sebagai pusat rujukan pertama berkaitan dengan pengurusan koperasi sekaligus berupaya melestarikan peranan UMK selaku Universiti Keusahawanan.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

angkasa2

Web Traffic

2.png8.png2.png9.png0.png0.png
Today179
Yesterday340
This week1251
This month4748
Total282900

Who Is Online

2
Online

2024-04-18

Search