GLOBAL

General

PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UMK, DATO’ (DR.) HUSSAMUDDIN TERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH (PENGURUSAN) UNIMAP

PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UMK, DATO’ (DR.) HUSSAMUDDIN TERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH (PENGURUSAN) UNIMAP

 
ARAU 16 November I Pengerusi Ahli Lembaga  Pengarah Universiti Malaysia Kelantan(UMK) yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ (Dr.) Hj.  Hussamuddin Hj. Yaacub, dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan) sempena Istiadat  Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)  ke-14, hari ini.
 
Majlis penganugerahan tersebut telah disampaikan oleh Tuanku Canselor UNIMAP, DYTM, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada Dato’ (Dr.) Hussamuddin diatas sumbangan besar beliau di dalam industri penerbitan dan percetakan di dalam negara.
 
Dato’ (Dr.) Hussamuddin yang diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMK pada 1hb November 2018 yang lalu
merupakan anak kelahiran Kelantan dan mendapat pendidikan di dalam bidang ekonomi  dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Dato’ (Dr.) Hussamuddin pernah menerima Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran Perniagaan Dalam Keusahawanan dari Universiti Tun Abdul Razak pada Oktober 2010.
 
Beliau juga turut  menerima  pengiktirafan dari Universiti  Selangor (UNISEL)  Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Komunikasi) kepada beliau pada November 2017.
 
Justeru, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Pengurusan Tertinggi Universiti dan seluruh Warga Universiti Malaysia Kelantan menzahirkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi tahniah diatas penganugerahan tersebut. 
 
Melalui pengiktirafan tersebut, YBhg. Dato’ (Dr.) mampu  mendukung matlamat Universiti untuk melahirkan graduan yang berkualiti bagi melonjakkan lagi kebolehpasaran graduan serta memperkasakan tadbir urus UMK.
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Web Traffic

2.png8.png5.png3.png0.png0.png
Today233
Yesterday402
This week1551
This month7148
Total285300

Who Is Online

3
Online

2024-04-26

Search