GLOBAL

General

UMK KOMITED MARTABAT WARISAN BUDAYA SENI KREATIF IR4.0 KE PLATFORM ANTARABANGSA

UMK KOMITED MARTABAT WARISAN BUDAYA SENI KREATIF IR4.0 KE PLATFORM ANTARABANGSA

TARIKH 5 November 2019 merupakan detik bersejarah buat Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) apabila dengan rasmi telah berlangsungnya Persidangan Antarabangsa Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) Kali Pertama (ICCTH2019) dalam usaha ke arah memartabatkan warisan seni budaya kreatif tanah air di pentas antarabangsa.

ICCTH2019 bertemakan: Interpreting Emerging Knowledge, Technology and Skills in 4th Industrial Revolution Era membuka ruang kepada penggiat-penggiat seni kreatif di rantau nusantara untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan di platform konfrens yang berimpak tinggi bagi memperhebatkan warisan dan teknologi kreatif dalam mendepani cabaran perkembangan dunia industri IR4.0.

Membuka tirai persidangan dengan persembahan memukau Langkah Sembah 100 Hulubalang Seni Silat Jawi Kelantan yang tampil berpakaian persis Pahlawan dan Srikandi Melayu dengan imej bertanjak merupakan bukti kejayaan FTKW memartabatkan seni warisan.

Persembahan ini dijayakan oleh pelajar FTKW di bawah pimpinan Dr. Kanit Sriparoya dengan kerjasama Pertubuhan Seni Silat Jawi Kelantan yang merupakan sebuah pertubuhan yang tidak perlu diperkenalkan dalam memelihara seni pertahanan diri Melayu di negeri ini.

Mengulas penganjuran ICCTH, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) berkata, konferens pada hari ini bertepatan dengan kehendak dunia masa kini dimana konferens ini menggabungkan dua elemen utama iaitu teknologi kreatif dan warisan yang memberikan satu perspektif yang unik dalam mentafsir revolusi industri 4.0.

Beliau yakin UMK menerusi, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan akan terus relevan kerana pengetahuan ahli akademiknya tentang teknologi kreatif yang sentiasa relevan dengan arus semasa.

“Tambahan pula, penerapan warisan mencorakkan lagi revolusi industri 4.0 ini supaya unsur-unsur dalaman kemanusiaan melalui estetika yang disumbangkan oleh warisan akan memberikan seolah-olah suatu ‘roh’ kepada sebarang aplikasi teknologi dalam pelbagai bidang. Inilah kelainan yang cuba ditonjolkan oleh UMK menerusi FTKW.

“Dalam revolusi industri 4.0, teknologi informasi dan komunikasi menjadi asas dalam kehidupan manusia. Perkembangan dunia internet dan teknologi digital yang cepat dan pesat mempengaruhi penggunaan daya komputer dan data yang tiada batasan. Ini menjadi tulang belakang pergerakan dan hubungan manusia dan mesin,” katanya pada Majlis Perasmian ICCTH 2019, di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, Tangok, Kelantan.

Turut hadir, Dekan FTKW, Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan, Dekan Fakultas Senirupa dan desain, Universiti Trisakti, Jakarta, Indonesia, Dr. Sangayu Ketut Laksemi dan Profesor Fakulti Teknologi dan informatik Razak, UTM, Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Mohamed.

Persidangan ICCTH 2019 berlangsung dua hari bermula pada 4 hingga 5 November 2019 yang melibatkan 1,000 penyertaan dari Indonesia, Thailand dan beberapa universiti awam tempatan.

Turut diadakan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara UMK dengan Universitas Trisakti, Indonesia. MoU tersebut ditandatangani Dekan Fakultas Seni Rupa dan Desain, Universitas Trisakti, Dr Sangayu Laksemi dan UMK diwakili oleh Prof. Madya Ahamad Tarmizi yang disaksikan oleh Prof. Ts. Dr Zaliman.

Sementara itu, Prof. Madya Ahamad Tarmizi berkata, lebih 40 kertas kerja penyelidikan dibentangkan dengan 40 penyertaan Pameran Seni Antarabangsa Bachok (Malaysia, Thailand dan Indonesia) dan lebih 35 negara menyertai bagi Pameran Kartun Antarabangsa.

Katanya, penganjuran ICCTH merupakan platform terbaik untuk para ilmuan, ahli akademik, industri dan penggiat industri kreatif untuk berkongsi ilmu dan penemuan baharu dalam bidang teknologi kreatif dan warisan di peringkat antarabangsa, Malaysia dan khususnya di Negeri Kelantan.

“Persidangan antarabangsa kali kedua itu ia dapat memastikan suatu masa nanti UMK tidak lagi dianaktirikan dalam konteks perkembangan dunia teknologi khususnya dalam memartabatkan warisan.

“Dunia dapat melihat warisan kita adalah warisan yang asli bukan warisan yang dimanipulasi, (contohnya ada) yang ambil watak negatif sahaja dari tempat kita untuk diangkat dan dijulang.

“UMK bertanggungjawab untuk menjulang warisan kerana banyak warisan yang nilainya sangat baik untuk diketengahkan di peringkat dunia,” katanya.

Tambah beliau, program pengajian yang meliputi skop ilmu Rekabentuk, Teknologi Kreatif dan Pengajian Warisan yang ditawarkan di FTKW, UMK adalah relevan dan terkini dalam sektor industri kreatif Negara dan antarabangsa.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2019 11 07 at 5.38.45 AM 1

WhatsApp Image 2019 11 07 at 5.38.43 AM

Web Traffic

2.png7.png7.png5.png9.png9.png
Today213
Yesterday403
This week1592
This month8490
Total277599

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search