GLOBAL

General

TERAPKAN ELEMEN ANTARABANGSA DALAM PROGRAM PENGAJIAN - TITAH PRO CANSELOR UMK

TERAPKAN ELEMEN ANTARABANGSA DALAM PROGRAM PENGAJIAN - TITAH PRO CANSELOR UMK

BACHOK 20 Oktober I Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen kali Ke-9, bertempat di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, hari ini.

Baginda Pro-Canselor yang merupakan Tengku Temenggong Kelantan turut berkenan menganugerahkan skrol Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian kepada 779 graduan UMK pada sidang kedua dan sidang ketiga yang berlangsung pada pagi dan sebelah petang.

Daripada jumlah itu seramai 339 graduan adalah dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), 132 graduan dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), 151 graduan dari Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) dan 151 dari Fakulti Sains Bumi (FSB).

Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, secara khususnya FKP telah menyediakan sistem sokongan untuk merancakkan aktiviti keusahawanan pelajar.

Katanya, melalui strategi ini bukan sahaja telah berjaya mencipta graduan yang berdaya saing dan berkolaboratif sifatnya, tetapi juga telah mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain.

“Manakala graduan FBKT, FIAT dan FSB yang berpengkalan di UMK Kampus Jeli sentiasa komited untuk menghasilkan graduan yang bersedia untuk berhadapan dengan realiti industri termasuklah keperluan dalam revolusi industri keempat.

“Secara naratifnya, FBKT menumpukan usaha untuk menghasilkan insan yang holistik, berkemahiran teknologi dan bercirikan keusahawanan demi kesejahteraan global. Justeru, FBKT banyak merangka program bersifat antarabangsa seperti program mobiliti inbound dan outbound. Usaha ini melibatkan institusi pendidikan tinggi luar negara seperti University of Miyazaki, Jepun; Universitas Gadjah Mada, Indonesia; King Mongkut University Thonburi of Technology, Thailand dan banyak lagi,” katanya.

Tambah beliau, FIAT antara fakulti terawal yang ditubuhkan di UMK pula memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran di luar kampus dengan memperkenalkan subjek baharu berimpak tinggi, seperti subjek pengembangan pertanian.

“Subjek ini menumpukan pengalaman pelajar untuk menyelesaikan masalah kumpulan sasar di luar kampus,” katanya.

Manakala FSB menekankan elemen antarabangsa dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar mempunyai peluang untuk belajar lebih luas dan seterusnya meneroka pasaran kerja luar dari Malaysia.

“Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah mewujudkan Program Mobiliti Antarabangsa Berkredit dan menggalakkan pelajar terlibat dalam pertandingan diperingkat antarabangsa,” jelas beliau lagi.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

 WhatsApp Image 2019 10 21 at 12.28.12 PM

Web Traffic

2.png8.png2.png9.png4.png5.png
Today224
Yesterday340
This week1296
This month4793
Total282945

Who Is Online

2
Online

2024-04-18

Search