GLOBAL

General

KONVOKESYEN UMK SUNTIK SEMANGAT KEPADA KUMPULAN ANAK YATIM

KONVOKESYEN UMK SUNTIK SEMANGAT KEPADA KUMPULAN ANAK YATIM

BACHOK 20 Oktober I Kegembiraan jelas terpancar di wajah 20 anak-anak yatim dari rumah Puteri Harapan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Yaatim) Taman Uda, Kelantan apabila bertuah menjadi tetamu khas pada sidang kedua Istiadat Konvokesyen Kali Kesembilan yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, hari ini.

Istiadat Konvokesyen Kali Kesembilan UMK yang diadakan pada 19 hingga 22 Oktober 2019 meraikan 2,062 graduan untuk menerima ijazah masing-masing.

Guru Pengiring YAATIM, Pn. Nurmaslina Mohd Noor, objektif program ini untuk menyuntik semangat anak-anak ini supaya berusaha dalam bidang pelajaran serta berjaya satu hari nanti.

Beliau menzahirkan ucapan penghargaan kepada pihak pengurusan universiti kerana telah menjemput kami untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis konvokesyen pada tahun ini.

“Ternyata anak-anak ini teruja dapat menyaksikan sendiri majlis ini yang penuh bermakna buat kami. Kehadiran anak-anak ini juga sebagai motivasi kepada mereka untuk mengikuti jejak abang dan kakak yang telah berjaya menamatkan pengajian pada hari ini. Impian mereka ialah untuk sama-sama berada di dalam dewan ini untuk menerima segulung ijazah.

“Program seumpama itu bukan sahaja memberi kegembiraan pada anak-anak tetapi mereka cukup teruja melihat buat pertama kalinya dapat hadir ke dalam dewan yang besar dan indah untuk merasai suasana sebenar majlis konvokesyen,” katanya.


Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

Web Traffic

2.png7.png7.png4.png4.png7.png
Today61
Yesterday403
This week1440
This month8338
Total277447

Who Is Online

1
Online

2024-03-29

Search