GLOBAL

General

KEBOLEHPASARAN GRADUAN UMK MENINGKAT

KEBOLEHPASARAN GRADUAN UMK MENINGKAT

BACHOK 19 Oktober I Data pengesanan graduan menunjukkan peningkatan ketara di mana lebih 80 peratus graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian berbanding 70 peratus pada tahun 2018,” jelas Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail.

Beliau berkata, data kebolehpasaran graduan atau graduate employability (GE), 2019 ini merangkumi graduan lepasan UMK yang melaksanakan pekerjaan sendiri, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan untuk bekerja.

“Data ini menunjukkan peratusan kebolehpasaran graduan UMK sudah bekerja. Jumlah ini dijangka meningkat sebaik sahaja semua graduan mengisi data tersebut. Ini menunjukkan bahawa graduan UMK sentiasa memenuhi kehendak pemain industri di negara ini selain kemampuan mewujudkan peluang pekerjaan secara sendiri,” katanya pada pada Istiadat Konvokesyen Kesembilan UMK, di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok di sini, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan selaku Canselor UMK, YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Istiadat Konvokesyen Sidang Pertama hari ini meraikan seramai 316 graduan dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) yang menerima ijazah masing-masing.

Menurut Prof. Ts. Dr. Noor Azizi, FKP telah memastikan mereka bersedia untuk turut bersama dengan pihak industri dengan melaksanakan pelbagai strategi antaranya adalah pelaksanaan kursus dalam bentuk mod 2u2i yang menggabungkan pembelajaran akademik dan aplikasi pembelajaran sebenar di tempat kerja.

Katanya, mod ini membolehkan pembelajaran berasaskan pengalaman di industri dipraktikkan. Bukan setakat itu sahaja, FKP turut menyediakan sistem sokongan untuk merancakkan aktiviti keusahawanan pelajar dengan strategi bukan sahaja berjaya mencipta graduan yang berdaya saing dan berkolaboratif sifatnya, tetapi juga telah mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain.

Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi berkat, pihak UMK turut menumpukan kepada pembentukan graduan kelas pertama agar menjadi rebutan pihak industri dengan membentuk tiga hala tuju utama, iaitu kebolehpasaran graduan, memperkasakan kesatuan dan pembangunan pelajar.

Katanya, bagi merealisasikannya, UMK telah membelanjakan sebanyak RM513,320.00 untuk melaksanakan program intervensi yang melibatkan enam program utama dimana UMK mewajibkan pelajar mengikuti program khusus sebelum bergraduat.

“Selain itu, UMK juga telah menggandakan penglibatan pelajar dalam pengurusan akademik iaitu buat kali pertama dalam sejarah, UMK telah melantik dua orang wakil pelajar sebagai pemerhati dalam mesyuarat Senat UMK,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2019 10 20 at 4.43.12 AM 1

Web Traffic

2.png8.png5.png2.png2.png7.png
Today160
Yesterday402
This week1478
This month7075
Total285227

Who Is Online

2
Online

2024-04-26

Search