GLOBAL

General

UMK DAN PRINCESS OF NARADHIWAS UNIVERSITY (PNU) THAILAND TANDATANGAN MOA SECARA MAYA

Majlis menandatangani MoA bagi pihak UMK telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail di Bilik Seminar 2, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, pada 28 Oktober 2020 yang disiarkan secara sidang maya. Manakala PNU yang diwakili oleh Presidennya, Prof. Madya Dr. Rossukon Sangmanee menandatangani MoA berkenaan di universiti mereka.

MoA itu turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob dan Timbalan Presiden PNU, Penolong Profesor Dr. Supath Srisawas. Hadir sama, Dekan Pusat Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Razli Che Razak dan Pengarah Pusat Antarabangsa UMK, Prof. Madya Dr. Ng Siew Foen.

Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, kerjasama antara UMK dan PNU adalah salah satu contoh terbaik dalam mempamerkan kerjasama strategik antara Malaysia dan Thailand sejak berabad lamanya.

Beliau amat berbangga diatas kepercayaan PNU kerana telah memilih UMK untuk melanjutkan pengajian di peringkat antarabangsa.

“UMK menerusi Pusat Pengajian Siswazah (PPS) telah menerima tujuh permohonan dari staf akademik PNU untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD.

“Pihak UMK berharap kerjasama strategik antara UMK dan PNU menjadi pemangkin kepada UMK untuk menerima lebih ramai lagi pelajar antarabangsa khususnya dari negara Thailand,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dr. Mohd Rafi berkata, UMK menerima kemasukan tujuh pelajar antarabangsa dari PNU untuk melanjutkan pengajian PhD di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (enam pelajar) serta Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (1 pelajar) untuk kemasukan sesi 2020/2021.

“Untuk makluman, sehingga kini UMK telah memiliki pelajar antarabangsa dari 17 buah negara iaitu dari China, Thailand, Indonesia, Brunei Darussalam, Maldives, Senegal, Ghana, Nigeria, Bangladesh, Ethiopia, Somalia dan banyak lagi.

“Kami berharap kerjasama antara UMK dan PNU menjadi satu keutamaan kepada kami untuk mencapai sasaran dengan mempunyai lebih ramai pelajar antarabangsa pada masa akan datang,” katanya.

Pada majlis sama, turut berlangsung forum akademik bertajuk Towards Strengthening Global Partnership bersama tiga panel iaitu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi, Dekan PPS, Prof. Dr. Razli dan Pembantu Presiden PNU, Mr. Alee Jehlae yang disiarkan secara langsung menerusi Webinar yang boleh ditontoni menerusi Facebook Rasmi UMK

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

moa2

Web Traffic

2.png7.png7.png3.png7.png2.png
Today389
Yesterday405
This week1365
This month8263
Total277372

Who Is Online

1
Online

2024-03-28

Search