GLOBAL

General

UMK CADANG TUBUH PUSAT NATIONAL BUSINESS INCUBATOR BERI MANFAAT PADA SEMUA

JELI 6 Julai I Cadantan penubuhan National Business Incubator (NBI) di Universiti Malaysia Kelantan ( UMK) dijangka dapat memberi banyak manfaat kepada pelajar, staf dan usahawan tempatan khususnya sebagai makmal, pusat bimbingan dan ruang kerja bagi percambahan idea inovatif di kalangan pelajar dan staf bagi penghasilan produk yang boleh dikomersialkan hingga ke luar negara .

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, melalui kepakaran dan kerjasama industri yang ada pihak UMK yakin dan mampu meneraju agenda keusahawanan bukan hanya di peringkat UMK tetapi juga di peringkat nasional.

Katanya, menerusi komitmen tinggi dan kerja keras semua juga mampu merealisasikan impian menjadi universiti keusahawanan yang tersohor di rantau ini.

“UMK mempunyai lapan inkubator yang bersifat ‘program base, innovation base dan business/commercialization base yang menyokong aktiviti keusahawanan pelajar
agar dapat diuruskan dengan baik dan lebih bersistematik.

“Pusat Inkubator ini juga akan dibangunkan sebagai co-working space bagi syarikat-syarikat pelajar dan alumni (start-ups), ruang perbincangan (mentoring and coaching)
dan platform bagi usahawan (Entrepreneur in Residence @ E-I-R) untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam proses membangunkan produk bercirikan market-driven,” katanya pada ucapan sempena Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mansor Othman ke UMK di Dewan Monsoon, UMK Bachok, pada 5 Julai 2020.

Terdahulu, satu taklimat cadangan penubuhan National Business Incubator (NBI) oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah kepada Dato’ Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah diadakan di UMK Kampus Jeli.

Beliau telah diberi taklimat ringkas berkenaan intipati NBI sebelum dibawa melawat kawasan sekitar kampus terutama projek-projek keusahawanan yang terdapat di UMK Kampus Jeli.

Sementara itu, Dato’ Mansor berkata, penubuhan Hub ‘National Business Incubator’ di UMK menjadikan Universiti ini dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan kapasiti modal insan, inovasi dan pengkomersilan produk termasuk inovasi dalam ICT.

“Saya percaya UMK mampu menerajui NBI ini dengan menjadikan hub ini untuk melahirkan tenaga pakar dalam bidang berkaitan seperti
E-Commerce’, ‘Artifical Intelligence’, ‘Big Data’ dan ‘Cloud Computing’.

“Melalui kerjasama UMK dengan kerajaan negeri membolehkan Kelantan digelar seperti bandar Hangzhou atau Shenzen di China yang terkenal dengan Alibaba dan Tencent atau Hyderabad di India yang terkenal sebagai bandar Teknologi Maklumat.

“Pihak kementerian akan sentiasa memberi sokongan dalam apa jua bentuk bantuan bagi meningkatkan inovasi dalam keusahawanan termasuklah ICT,” katanya.

Menurut Dato’ Mansor, dengan komitmen tinggi itu UMK akan dilihat sebagai pusat rujukan keusahawanan selaras dengan penubuhan UMK sebagai universiti yang berfokus kepada keusahawanan.

Beliau berkata kewujudan UMK dapat dirasai bukan sahaja mahasiswa tetapi kepada masyarakat di Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.

“UMK perlu mengambil inisiatif untuk menubuhkan pusat rujukan setempat oleh usahawan- usahawan tempatan dan di peringkat nasional bahkan boleh menjangkau ke peringkat Asean dan Asia.

“Saya percaya inisiatif ini boleh dilakukan melalui koloborasi dengan usahawan- usahawan yang telah berjaya di Malaysia melalui konsep Entrepreneur in Residence (EIR). Di peringkat KPT pula mungkin kita boleh perkasakan lagi program CEO@Faculty khususnya dalam mengangkat keusahawanan sebagai salah satu agenda utama Negara,” katanya.

Pada majlis sama, Dato’ Mansor telah menyempurnakan perasmian Pusat Ekonomi GIG@UMK di Laman Tok Dalang, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW).

Program GIG Economy adalah kerjasama FTKW bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam menganjurkan perkhidmatan bengkel, kursus pendek dan latihan berkaitan keusahawanan digital, freelancing, kerja jarak jauh (remote working) kepada pelajar dan masyarakat umum.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

inkubator2

inkubator3

Web Traffic

2.png8.png3.png2.png5.png7.png
Today263
Yesterday273
This week1608
This month5105
Total283257

Who Is Online

2
Online

2024-04-19

Search