GLOBAL

General

UMK SAHUT SEMARAK SAMBUTAN KEMERDEKAAAN

BACHOK 31 Ogos I Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) buat julung kalinya bergema dengan laungan keramat Merdeka! Merdeka! Merdeka! bagi meraikan Hari Kebangsaan Ke-62, tepat jam 12 tengah malam tadi.

Lebih 500 warga UMK terdiri daripada staf, pelajar dan komuniti setempat turut bersama -sama meriahkan sambutan bagi menzahirkan rasa cinta dan jati diri sebagai anak Malaysia.

merdeka2Bagi menwarnai acara pada malam tadi, lagu Tanggal 31 Ogos dan Jalur Gemilang menjadi kemuncak sambutan dengan kesemua tetamu VIP termasuk Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr Arham Abdullah dan hadirin bersama-sama menyanyikan lagu tema sambil mengibar bendera Malaysia diringi dengan 600 das percikan bunga api.

Terdahulu, Program Sambutan Ambang Merdeka 2019 itu telah bermula seawal jam 9.00 malam dengan persembahan deklamasi sajak oleh Aimi, Le Waris bertajuk Bangsaku dan diikuti persembahan oleh pelajar SMK Dato’ Perdana (Naib Johan Peringkat Kebangsaan).

Sambutan diteruskan dengan persembahan hiburan bertemakan semangat patriotisme dengan lagu
Gemuruh, Warisan, Dirgahayu Tanah Airku, Harimau Asia, Sayangi Malaysiaku dan Standing In the Eyes Of The World.

Turut membuat persembahan ialah En Mohd Hafiz Rosli yang mendeklamasi syair bertajuk Syair Citra Merdeka.

Kemeriahan program diteruskan dengan persembahan tarian flashmob oleh fasilitator 3M serta sekretariat PESKO. Tidak ketinggalan adalah persembahan dikir barat patriotik oleh Poyie Gasi dan Him Rinting Mas Yang berganding dengan kumpulan Dikir Barat UMK.

Turut mencuri perhatian hadirin ialah Persembahan Sketsa Kemerdekaan bertajuk “DEKON 'KONFRONTASI 13' arahan Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Prof. Madya Dr. Andika Aziz Hussin, yang menampilkan pelakon Gerak Khas
Z. Zamrie, Issey Fazlisham dan Kelab Teater Pusaka UMK.

Teater itu yang mempersembahkan makna sebenar perpaduan dari sudut pandangan seorang tua bernama Kahar dan Ah Hong. Kisah dua orang sahabat baik sejak kecil, berlainan agama dan bangsa. Terpisah akibat kerakusan keinginan oleh pihak tertentu yg tidak bertanggungjawab, membawa kepada kekacauan dalam negara sehingga tercetusnya konflik berdarah antara dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina iaitu 13 Mei 1969.

Oleh I Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto I Al Azam Razi & Ab Halim Hafiz Ab Aziz

merdeka4

Web Traffic

2.png8.png3.png0.png5.png5.png
Today61
Yesterday273
This week1406
This month4903
Total283055

Who Is Online

1
Online

2024-04-19

Search