GLOBAL

General

24 AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMK TERIMA WATIKAH PELANTIKAN

KOTA BHARU 8 Mac 2021 I Seramai 24 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima watikah perlantikan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUMK) Sesi 2020/2021.

Daripada jumlah itu, 22 pelajar menerima watikah secara fizikal, manakala dua pelajar mengikuti majlis tersebut secara dalam talian. Penyerahan watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi Ismail di Bilik Lembaga Senat, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 8 Mac 2021.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Arham Abdullah dan Pendaftar UMK, Pn. Mazula Sabudin.

Pada majlis itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Dan Kewangan Islam), Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) telah diumumkan sebagai Yang Dipertua (YDP) Baharu bagi barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (MPPUMK) Sesi 2020/2021.

Mohammad Aimi Mohd Zubir, 25, merupakan pelajar tahun tiga berjaya memenangi kerusi umum pada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2020/2021 yang telah berlangsung pada 21 Januari 2021.
Turut dilantik, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan), Mohamad Afiq Mohd Puhad selaku Naib Yang Dipertua MPP Kampus Kota, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Fatah Aswadi Nasri sebagai Naib Yang Dipertua MPP Bachok dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi), Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Mohamad Syahid Farhan Mohd Zaki selaku Naib Yang Dipertua MPP Kampus Jeli.

Sementara itu, Setiausaha Agung, Ummi Salima Kasim @ Kasmi, Timbalan Setiausaha, Shameera Nasreen Ahamed Noordeen dan Bendahari Agung, Nurul Asikin Mohd Araha.
Turut menerima watikah pelantikan ialah 17 Barisan Exco MPPUMK yang telah diberi mandat untuk menerajui kepimpinan MPPUMK Sesi 2020/2021.

Majlis kemudian menyaksikan lafaz ikrar oleh Barisan MPPUMK yang diketuai oleh Mohammad Aimi dan disaksikan oleh Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi serta Pengurusan UMK.
Menurut Prof. Dr. Zaliman, semua ahli Majis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dilantik perlu memiliki kemahiran insaniah sekaligus mempunyai mental dan fizikal (fit body, mind and soul) yang kuat dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.

Katanya, sebagai pemimpin mahasiswa, ahli MPP dituntut supaya kuatkan jati diri dan bijak membuat keputusan.

mpp3

mpp2

Web Traffic

2.png8.png5.png5.png8.png4.png
Today135
Yesterday382
This week1835
This month7432
Total285584

Who Is Online

2
Online

2024-04-27

Search