GLOBAL

General

TUANKU CANSELOR PERKENAN ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN SECARA FIZIKAL

Susulan sembah menghadap Naib Canselor kepada Yang Teramat Mulia Tuanku Canselor, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra pada 16 Mac 2021 di Istana Kota Lama Kota Bharu, YTM Tuanku Canselor telah menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pihak pengurusan UMK atas pelbagai kejayaan yang dicapai sepanjang tahun 2020.

YTM Tuanku Canselor amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi UMK antaranya peratusan kebolehpasaran graduan sebanyak 90.6% dan 14.8% penghasilan usahawan graduan pada tahun 2020 menjadikan UMK antara Universiti Awam (UA) terbaik di Malaysia. Sebagai permulaan tahun 2021, YTM Tuanku Canselor turut melahirkan rasa gembira atas kejayaan UMK memperolehi sijil penarafan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 dalam memastikan sistem pengurusan dan kualiti organisasi UMK lebih sempurna.

Selaras dengan peranan penjawat awam, YTM Tuanku Canselor turut menyokong hasrat murni UMK dalam mewujudkan Pembangunan Pelan AntiRasuah Organisasi (OACP) dan memberi penekanan kepada seluruh warga kerja UMK agar memperkukuhkan nilai moral diri dan etika di samping meningkatkan integriti diri dalam pelaksanaan kerja harian.

YTM Tuanku Canselor turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kerja UMK kerana telah berjaya mendidik dan melahirkan pelajar-pelajar UMK ke arah kemenjadian insan yang holistik dan turut berpesan agar semua staf dan pelajar agar menjaga kesihatan diri dalam tempoh penularan wabak COVID-19 ini.

Bersesuaian dengan keadaan semasa penularan wabak COVID-19 di seluruh negara, YTM Tuanku Canselor turut perkenan agar penganjuran majlis Istiadat Konvokesyen UMK Kali Ke-10 & 11 diadakan secara fizikal pada bulan Oktober dan November 2021 tertakluk kepada situasi semasa penularan wabak COVID-19.

istiadat

Web Traffic

2.png8.png5.png4.png6.png5.png
Today16
Yesterday382
This week1716
This month7313
Total285465

Who Is Online

1
Online

2024-04-27

Search