GLOBAL

General

UMK KOMITED LAHIR MAHASISWA MAHIR PELBAGAI BAHASA DAN MILIK KEMAHIRAN INSANIAH


BACHOK 25 Mac 2021 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil pendekatan strategik dan menyeluruh dengan menaiktaraf Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (PBI) dari sebuah pusat akademik kepada sebuah fakulti yang dikenali sebagai Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) bermula pada 10 Januari 2021.

Naib Canselornya, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, penubuhan FBI sejak lebih sedekad lalu bermatlamatkan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi dan mampu menguasai pelbagai bahasa melalui pembelajaran global berdasarkan pengalaman.


Katanya, peralihan PBI yang merupakan salah satu entiti akademik terawal ditubuhkan semasa penubuhan awal UMK pada tahun 2007 adalah untuk melengkapkan pelajar dari segi kemahiran berbahasa serta insaniah yang dapat membantu dalam pembangunan modal insan yang berkualiti tinggi.


“PBI dari sebuah pusat akademik kepada sebuah fakulti turut menawarkan program-program pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana, serta Doktor Falsafah (PhD).


“Seiring dengan pembangunan infrastruktur di UMK, pada bulan Jun 2017, bangunan baharu FBI telah siap dibina di UMK Kampus Bachok menandakan permulaan baharu kelangsungan pembangunan FBI dari sebuah pusat pengajian kepada sebuah fakulti yang boleh menempatkan kesemua 90 staf akademik dan tujuh staf pentadbiran,” katanya pada Majlis Perasmian Bangunan FBI di UMK Bachok, Tangok, Kelantan, pada 25 Mac 2021.


Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Razli Che Razak dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah.

fbi

Web Traffic

2.png7.png7.png4.png6.png2.png
Today76
Yesterday403
This week1455
This month8353
Total277462

Who Is Online

3
Online

2024-03-29

Search