GLOBAL

General

UMK DAN KIAS TANDATANGANI MOU KERJASAMA AKADEMIK

BACHOK 27 Oktober I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (KIAS), menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan memfokuskan kepada kerjasama akademik dan pendidikan keusahawanan.

Majlis menandatangani kedua-dua persefahaman tersebut telah disempurnakan oleh Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Ketua Eksekutif KIAS, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd Zin, di Bilik Seminar 2, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, pada 27 Oktober 2021.

Perjanjian kerjasama itu, turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Arham Abdullah dan Timbalan Ketua Eksekutif, Hal Ehwal Akademik KIAS, Dr. Mohd Ramizu Bin Abdullah @ Zakaria.

KIAS merupakan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan telah diiktiraf sebagai universiti penuh. Gagasan dan idea penubuhan kolej ini adalah inspirasi Kerajaan Negeri yang bercita-cita memusatkan Kelantan sebagai serambi perkembangan ilmu Islam tersohor di rantau ini.

Menurut Prof. Dr. Nik Maheran, kerjasama ini membolehkan staf akademik KIAS melanjutkan pelajaran pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di UMK.

Katanya, selain itu seramai 23 orang pelajar KIAS telah mendaftar dengan Pusat Pengajian Siswazah UMK dimana sebelum ini Bengkel Kaedah Penyelidikan anjuran Pusat Pengajian Siswazah UMK telah dilaksanakan pada tahun 2019 di KIAS khusus untuk pelajar KIAS sahaja.

“Justeru, pihak UMK juga amat berbesar hati dapat menjalinkan hubungan kerjasama rasmi dengan KIAS.Melalui perjanjian ini, kedua-dua institusi ini akan terus dapat mengimarahkan ekosistem pendidikan tinggi negara dengan prestasi yang cemerlang dan pencapaian yang membanggakan sebagaimana yang dihasratkan oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Pihak pengurusan UMK juga sentiasa komited untuk mengekalkan keakraban hubungan dan melebarkan jaringan kerjasama dengan KIAS dan pemeteraian Memorandum Perjanjian ini merupakan sebahagian manifestasi komitmen tersebut,” katanya.

 WhatsApp Image 2021 11 15 at 5.59.55 AM

Web Traffic

2.png8.png3.png3.png7.png9.png
Today94
Yesterday291
This week1730
This month5227
Total283379

Who Is Online

1
Online

2024-04-20

Search