GLOBAL

General

MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN PEGAWAI KOR SUKSIS UMK SIRI 2/2021

 

BACHOK 21 Disember I  SERAMAI 66 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang terdiri daripada 27 siswa dan 39 siswi ditauliahkan pada Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS Siri 2/ 2021 yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok,Tangok, Kelantan, hari ini.

Majlis penyampaian sijil  telah disempurnakan oleh Ketua Polis Kelantan, YDH Komissioner Polis, Dato’ Shafien Mamat.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi) selaku Komandan Kor SUKSIS UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Koordinasi Sumber Sokongan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, YDH Senior Asisten Komisioner Polis, Azhan Abdul Halim, Ketua Jabatan, Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Kontinjen Kelantan, Assisten Komisioner Polis, Mit A/L Emong dan Ketua Polis Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin.

Menurut CP Dato’ Shafien, seramai 66 pelatih Kor SUKSIS berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang dan menerima sijil pelantikan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis Siswa Siswi.

Beliau berkata, majlis ini merupakan satu aktiviti tahunan dan diadakan pada setiap tahun bagi menghargai dan mengiktiraf pelatih-pelatih Kor SUKSIS yang berjaya menamatkan latihan semasa menjalani pengajian di universiti.

"Lazimnya, Majlis Tamat Latihan seperti ini diadakan secara berpusat di Universiti Awam mengikut giliran yang ditetapkan.

 "Namun, disebabkan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara pada awal tahun 2020, maka Majlis Tamat Latihan ini telah ditangguhkan.

"Dengan kelonggaran yang diberikan dalam Pelan Pemulihan Negara, majlis ini dapat diadakan pada tahun ini tetapi tidak seperti kebiasaannya yang mana dibuat secara berpusat yang menghimpunkan keseluruhan pelatih-pelatih Kor SUKSIS untuk menerima sijil pelantikan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis Siswa Siswi," katanya.

Beliau berkata, Pelatih Kor SUKSIS dilatih mengikut silibus yang telah diselaras dan ditetapkan di semua Universiti Awam dengan modul-modul seperti yang ditetapkan  seperti Latihan Kawad, Latihan Senjata, Kursus Asas Pasukan Gerakan Am dan Program Khidmat Masyarakat.

"Pelatih Kor SUKSIS perlu menjalani latihan selama tiga tahun atau enam semester secara keseluruhannya.

"Pelatih Kor SUKSIS diyakini mampu untuk menjadi seorang graduan yang memiliki kemahiran insaniah yang tinggi, dapat membentuk sahsiah cemerlang ke arah menjadi pemimpin berkaliber serta berpengetahuan dalam bidang kepolisan," katanya.

Sementara itu, Prof. TS. Dr. Arham berkata, walaupun mereka terpaksa menghabiskan kebanyakan modul pembelajaran secara dalam talian, yang mana mengambil masa selama satu tahun sembilan bulan.

"Alhamdulillah, mereka terbukti mampu menyempurnakannya. Bagi saya dan Kor SUKSIS UMK, mereka adalah kebanggaan UMK dan permata PDRM yang tinggi harganya.

"Kejayaan mereka ini juga merupakanmanifestasi kepada komitmen para pegawaidan jurulatih yang sentiasa bersungguh-sungguh untuk memastikan para pelatih penuh dengan ilmu berkaitan kepolisan yang mengikut acuan Polis Diraja Malaysia,"katanya.

Turut dianugerahkan Kadet Terbaik Keseluruhan kepada Khairul Shukri Abdul Rahman, Kadet Terbaik Akademik kepada Nur Raihan Adni  Mohd Nasser dan Kadet Terbaik Latihan Luar kepada Faqihfariduddin Azhar.

MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN PEGAWAI KOR SUKSIS 2

MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN PEGAWAI KOR SUKSIS 3

MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN PEGAWAI KOR SUKSIS 4

MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN PEGAWAI KOR SUKSIS 5

Web Traffic

2.png8.png5.png1.png9.png2.png
Today125
Yesterday402
This week1443
This month7040
Total285192

Who Is Online

1
Online

2024-04-26

Search