GLOBAL

General

UMK TANDATANGANI MOU KERJASAMA DENGAN YUNNAN AGRICULTURAL UNIVERSITY DAN YUNNAN ARTS UNIVERSITY

 

BACHOK 9 Disember I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menandatangani Memorandum Persefahaman(MoU) antara dua buah universiti terkemuka di China iaitu Yunnan Agricultural University dan Yunnan Arts University, secara maya, di Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan ilmu, UMK Bachok, Kelantan, hari ini.

Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan oleh Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad  dan Yunnan Agricultural University diwakili Presidennya, Prof. Li Yonghe dan Timbalan Presiden Yunnan Arts University, Prof. Quyang Junhu.

MoU itu diadakan sempena Program The 2nd China (Yunnan) - Malaysia Higher Education Dialog yang diadakan di Beijing, China. Pihak Yunnan Agricultural University (YAU)  telah melantik UMK melalui Pusat Antarabangsa UMK (UMKI)  sebagai penganjur bersama penganjuran tersebut.

Turut hadir, Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Dr. Hanisa Hassan, Dekan Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Prof. Madya Dr. Seri Intan Mokhtar dan Penasihat Undang-Undang UMK, Puan Nurhayati Ismail.

 

MOU UMK 2

MOU UMK 3

Web Traffic

2.png7.png7.png4.png6.png7.png
Today81
Yesterday403
This week1460
This month8358
Total277467

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search