GLOBAL

General

UMK DAN UITM JADI UNIVERSITI AWAM PERTAMA TAWAR PROGRAM AKADEMIK DWI IJAZAH

KOTA BHARU 13 Februari 2022 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani perjanjian (MoA) untuk kerjasama membangunkan Program Akademik Dwi Ijazah yang menggabungkan dua program Ijazah Sarjana Muda daripada kedua-dua IPTA tersebut.

Majlis menandatangani MoA telah disempurnakan oleh Menjalankan Naib Canselor UMK, Prof.Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan UiTM diwakili oleh Naib Canselornya, Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor.
Turut menyaksikan MoA, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK, Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimin Yusoff dan Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed.

Hadir sama, Ketua Program Logistik / Koordinator Double Degree Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK, Ts. Razman Hafifi Redzuan dan Dekan Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM, Prof. Ts. Dr. Haryani Haron.

Menurut Prof. Dr. Nik Maheran, menerusi perjanjian MoA itu UMK dan UiTM menjadi Universiti Awam pertama menawarkan Program Akademik Dwi Ijazah iaitu Sarjana Muda Keusahawan (Logistik dan Pengedaran) dengan kepujian (UMK) di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.

Manakala, UiTM menawarkan program Sarjana Muda Sains Kepujian Statistik melalui Fakulti Sains Komputer dan Matematik.

“Program ini akan mencapai 100 peratus kebolehpasaran pekerjaan (GE) dan menjadi penanda aras kepada program sediada bagi menjalinkan kerjasama untuk mewujudkan serta perbanyakkan lagi program ijazah berkembar antara universiti.

"Program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian di UMK adalah salah satu program yang telah mendapat pengiktirafan dari badan profesional iaitu The Chartered Institute of Logistics & Transport yang berpengkalan di United Kingdom.

"Program ini mempunyai jumlah Kebolehpasaran Pelajar yang tertinggi antara program yang ditawarkan di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan dengan jumlah purata graduan seramai 300 orang graduan," katanya.
Tambah beliau, seramai lima orang pelajar perintis ditawarkan untuk mengikuti program ini dan jangkaan pengambilan yang kedua adalah seramai 50 orang pelajar bagi kedua-dua belah pihak universiti.

“Penekanan pembelajaran secara hybrid yang memasukkan elemen TVET dengan pelaksanaan dan kerjasama bersama pihak Industri, ia bukan sahaja telah menghasilkan pelajar yang holistik tetapi juga memenuhi keperluan industri terkini.

“Ini bagi memastikan program ini sentiasa releven dan mencapai standard antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah berkata kedua-dua program itu memperolehi status akreditasi penuh, daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

"Program Akademik Dwi Ijazah dua universiti awam berbeza ini juga telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi pada 15 Mac 2019, yang bakal melahirkan graduan holistik dan berketerampilan dalam memenuhi keperluan guna tenaga di negara ini.

“Tempoh pengajian untuk Program Akademik Dwi Ijazah adalah minima sembilan semester (4.5 tahun), dengan jumlah 179 jam kredit dan pengambilan pelajar bagi program itu melibatkan kemasukan melalui saluran kedua-dua universiti.
“Selepas tamat pengajian, pelajar program akademik dwi ijazah ini akan dianugerahkan dengan dua skrol iaitu Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dari UMK dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik dari UiTM,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png3.png2.png0.png7.png
Today213
Yesterday273
This week1558
This month5055
Total283207

Who Is Online

2
Online

2024-04-19

Search