GLOBAL

General

5,410 PELAJAR UMK KEMBALI KE KAMPUS

BACHOK 14 Februari 2022 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersedia untuk menerima kemasukan seramai 5,410 orang daripada 11,436 pelajar sesi akademik 2021/2022 secara fizikal ke kampus bermula 20 Mac 2022.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMK, Prof Dr. Razli Che Razak berkata, proses kemasukan pelajar ke kampus UMK di Bachok, Pengkalan Chepa dan Jeli itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau berkata, kemasukan pelajar berdasarkan kepada kapasiti 70 hingga 100 peratus selaras dengan saranan Bilik Gerakan Covid-19 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

"Kemasukan pelajar mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) penjarakan dan kuarantin bagi memastikan kelancaran kemasukan pelajar.

"Terdapat dua kategori pelajar yang akan hadir iaitu pelajar yang akan menginap di kolej kediaman seramai 3,924 orang dan pelajar yang menginap luar kampus seramai 1,486 orang," katanya.

Sementara itu Prof. Dr. Razli berkata, UMK akan terus mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid sepanjang semester ini dan pihak fakulti telah sedia maklum SOP dalam pengendalian kuliah, makmal atau aktiviti klinikal.

Manakala untuk aktiviti luar kelas seperti aktiviti sukan dan riadah, UMK turut menyediakan SOP terkini berpandukan arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Namun, SOP ini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa sesuai dengan tahap pandemik yang melanda negara.

Hebahan kesihatan juga akan turut sentiasa diadakan bagi memastikan pelajar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh pengajian," katanya.

Web Traffic

2.png8.png2.png8.png6.png5.png
Today144
Yesterday340
This week1216
This month4713
Total282865

Who Is Online

1
Online

2024-04-18

Search