GLOBAL

General

DATO' SERI DR. NORAINI AHMAD MENYEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM EMPOWERING WOMEN ENTREPRENEURS

BATU PAHAT 20 Februari 2022 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Johor menganjurkan Program Empowering Women Entrepreneurs di Rumah Women Institute Senggarang (WI), Batu Pahat, Johor Darul Takzim, hari ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Dr. Noraini Ahmad.

Turut hadir, Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Pengarah Kanan Institut Keusahawanan UMK, Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Johor, Datin Narimah Haji Ahmad dan Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Senggarang, Hajah Zainon Omar.

Menurut Prof. Dr. Nik Maheran, objektif utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk membantu usahawan wanita negeri Johor bagi memasarkan penghasilan produk ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau juga berharap program itu dapat membimbing usahawan-usahawan wanita negeri Johor agar lebih keterlihatan dan mempersiapkan diri sebagai usahawan yang sentiasa bersedia mendepani cabaran masa hadapan.

"Pihak UMK juga mengatur strategi bagaimana usahawan-usahawan wanita negeri Johor boleh membina rangkaian dan jalinan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan terutamanya agensi-agensi kerajaan dan swasta.

"Ini selaras dengan penubuhan UMK yang didasari oleh semangat keusahawanan dan pendidikan usahawan yang sejajar dengan program-program pengajian yang dibangunkan selama ini di bawah UMK iaitu meramaikan lagi usahawan dalam kalangan rakyat, melalui ilmu dan kaedah yang berkesan," katanya.

Pelbagai program diadakan antaranya Sesi Perkongsian Ilmu Keusahawanan oleh Prof. Dr. Nik Maheran (Pemerkasaan Usahawan Wanita Untuk Negara), sesi ceramah oleh Pensyarah Kanan Fakulti Keusahawanan

Perniagaan UMK, Dr. Anis Amira Ab. Rahman (Pengurusan Kemakmuran Kewangan) dan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Mohd Zulariffin Md. Maarof.

Turut diadakan pameran produk sulaman dan kraftangan oleh Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Senggarang.

Web Traffic

2.png7.png7.png5.png6.png4.png
Today178
Yesterday403
This week1557
This month8455
Total277564

Who Is Online

5
Online

2024-03-29

Search