GLOBAL

General

UMK SUMBANG BAKUL RAYA KEPADA PENGAMAL MEDIA KELANTAN


KOTA BHARU 29 April 2022 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyampaikan sumbangan bakul raya kepada Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Majlis penyerahan bakul raya itu disampaikan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak kepada Presiden KEMUDI, Puan Majidah Ismail di Jabatan Penyiaran Kelantan,Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan, pada 29 April 2022.


Turut hadir, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat (PKK) UMK, En. Mohd. Adzwan Kamaruzaman dan Penolong Pendaftar PKK, Cik Rosmawati Che Hassan.
Prof. Dr. Razli berkata, sumbangan berkenaan sebagai tanda penghargaan atas kerjasama pihak media kepada UMK untuk diagihkan kepada para pengamal media yang bernaung di bawah kelab tersebut.


Katanya, media telah memainkan peranan penting terhadap bantuan menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat.


Beliau berharap penghargaan ini menjadi lambang semangat setiakawan yang tinggi antara UMK dengan media di Kelantan.


“InshaAllah, pihak media sentiasa bersedia membantu UMK untuk meneruskan membuat liputan-liputan berkaitan segala bentuk program, pencapaian serta kejayaan warga UMK demi keterlihatan UMK dipersada negara.


“Setinggi-tinggi terima kasih kepada media semua yang sering mewar-warkan program-program UMK sebelum ini,” katanya.

 

3 2

 

2 3

 

4 3

Web Traffic

1.png2.png3.png5.png2.png8.png
Today189
Yesterday294
This week189
This month3767
Total123528

Who Is Online

1
Online

2022-08-15

Search