GLOBAL

General

PROF. DR. NIK MAHERAN NIK MUHAMMAD TERIMA WATIKAH PEGAWAI KEHORMAT PERTAHANAN AWAM

 

BANGI 19 Mei 2022 I Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran bin Nik Muhammad, dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) dalam Angkatan Pertahanan Awam (PA) sebagai Komandan Kor Siswa Siswa Pertahanan Awam (Kor SISPA).

 

Majlis penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, KPj. Aminurrahim bin Mohamed pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat Pertahanan Awam di Pejabat Ketua Pesuruhjaya APM, di Ibu Pejabat APM Sungai Merah, Bangi Selangor, pada 19 Mei 2022.

 

Turut hadir, Pengarah APM Kelantan, Kol.{PA) Adzhar bin Mujab Timbalan Pengarah APM Kelantan, Lt.Kol (PA) Mohd Zul Khairi bin Shamsuddin dan Ajutan Kor Sispa UMK Mejar Bersekutu(PA) Wan Ahmad Khairul bin Wan Ahmad Najib dan Kapten Bersekutu (PA) Nor Azlina binti Kamaruddin.

 

Pengurusan Universiti merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Dr. Nik Maheran di atas penganugerahan pangkat tersebut.

 

Dengan pelantikan itu, YBhg Prof. dapat menyumbang khidmat bakti untuk menyuburkan lagi semangat kesukarelawan di kalangan pelajar selaras dengan penubuhan KOR SISPA UMK pada masa akan datang.

 

3

 

4

 

1

Web Traffic

2.png8.png4.png6.png8.png0.png
Today15
Yesterday347
This week931
This month6528
Total284680

Who Is Online

2
Online

2024-04-25

Search