GLOBAL

General

JANGAN BUANG MASA, CIPTA PELUANG, FOKUS DAN JANGAN MEMILIH

101122-06-01.jpg
Justeru, program Minggu Mesra Mahasiswa (3M) sesi akademik 2022/2023 yang dilaksanakan selama tiga hari adalah platform terbaik untuk pencarian pelajar-pelajar yang berpotensi dalam bidang sukan, bidang kebudayaan mahupun dalam bidang pengucapan awam.
Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, kehadiran pelajar sebagai keluarga baharu UMK telah menyerikan lagi suasana kehidupan di kampus selepas dua tahun program 3M dilaksanakan secara dalam talian.

101122-06-02.jpg
Beliau percaya semua pihak merindukan suasana ini untuk menjalankan aktiviti di kampus secara fizikal selepas negara pulih dari pandemik Covid 19.
“Sesungguhnya, warga UMK amat merindui suasana meriah yang terdapat di UMK sebelum ini.
“Pesanan saya kepada para pelajar sekalian, nikmatilah kehidupan sebagai pelajar universiti. Terokailah seberapa banyak ilmu dan pengetahuan sepanjang tempoh pengajian di UMK. Manfaatkan masa sebaik mungkin, cipta peluang dan fokus.

101122-06-03.jpg
“Kesemua perkara ini akan menjadi kenangan kepada diri anda selepas melonjak ke fasa pekerjaan nanti,” katanya pada program Talent Night Bagi Majlis Penutup 3M, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

101122-06-04.jpg
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Timbalan Naib Canselor ((Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah.
Program 3M merupakan satu program yang dirangka khas untuk meraikan kehadiran mahasiswa/mahasiswi baharu ke UMK dan program telah berjaya dilaksanakan oleh barisan fasilitator serentak di UMK Bachok, UMK Kampus Kota dan UMK Kampus Jeli.
Secara keseluruhan jumlah pelajar baharu yang telah mendaftar di UMK bagi sesi akademik 2022/2023 adalah seramai 2301 orang, iaitu di UMK Bachok 479 orang, UMK Kampus Kota 1406 orang dan UMK Kampus Jeli 416 orang. Manakala jumlah fasilitator keseluruhan 350 orang (80 bachok, 190 kota dan 80 Jeli).
Antara Objektif utama 3M ialah membantu pelajar baharu mengenali keluarga UMK dengan lebih rapat di samping hubungan antara para pelajar baharu dengan fasi juga berjaya dibentuk dan akan menjadi rujukan mereka sepanjang perjalanan mereka di UMK nanti.

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png0.png3.png
Today115
Yesterday316
This week115
This month8051
Total286203

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search