GLOBAL

General

PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMK SESI 2022/2023


KOTA BHARU, 26 Jan 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merekodkan sebanyak 64.06 peratus pelajar yang mengundi secara atas talian (e-Voting) bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMK Sesi 2022/23 yang berakhir tepat jam lima petang tadi.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail berkata, sebanyak 5,835 pelajar daripada 9108 orang pelajar layak mengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

260223-01-02.jpg
Beliau berkata, sebanyak 27 kerusi dipertandingkan pada kali ini iaitu untuk mengisi kuota sembilan kerusi Umum manakala 18 kuota di kerusi Fakulti (kuota dua kerusi setiap fakulti).
“Alhamdullilah, proses pengundian telah berlangsung dengan lancar menerusi penggunaan sistem E-Voting secara serentak di ketiga-tiga kampus UMK di Bachok, Pengkalan Chepa dan Jeli,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon Menang Bertanding dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.

260223-01-03.jpg
Beliau berharap barisan MPPUMK yang baharu dapat membantu HEPA dan Universiti untuk lebih cemerlang tahun ini.
Sesi pemilihan PMPP 2022/2023 dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar yang diketuai oleh Muhammad Shafie Bin Mohd Sharif selaku Pengerusi dan Nur Syaamimi Binti Hassan selaku Setiausaha.

 

260223-01-04.jpg

 

 

260223-01-05.jpg

260223-01-06.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png0.png6.png
Today218
Yesterday316
This week218
This month8154
Total286306

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search