GLOBAL

General

27 MPP UMK TERIMA WATIKAH PELANTIKAN, MUHAMMAD FARID ZAINAL DILANTIK YDP BAHARU MPPUMK


KOTA BHARU, 23 Februari I Seramai 27 Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (MPPUMK) hari ini menerima watikah pelantikan sebagai barisan anggota baharu MPPUMK bagi sesi 2022/2023.

260223-05-02.jpg
Majlis penyampaian watikah pelantikan kepada 27 barisan ahli Majlis Tertinggi dan Exco telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, di Al Khatiri Restaurant, Kota Bharu, Kelantan, pada 23 Februari 2023.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Pengarah Kanan HEPA, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Saufi Bin Che Rusuli dan Dekan-Dekan Fakulti UMK.

260223-05-03.jpg
Prof. Dato’ Dr. Razli juga turut menyaksikan Majlis Bacaan Ikrar oleh 27 barisan MPPUMK yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Muhammad Farid Zainal.
Pemilihan MPPUMK Sesi 2022/2023 telah berlangsung pada 26 Januari 2023 secara dalam talian (e-Voting) dengan mencatatkan sebanyak 64.06 peratus pelajar yang keluar mengundi bagi merebut 27 kerusi yang dipertandingkan.

260223-05-04.jpg
Barisan MPPUMK sesi 2022/2023 diketuai oleh Muhammad Farid Zainal selaku Yang Di Pertua MPPUMK dan dibantu oleh Naib Yang DiPertua UMK Bachok, Anis Ayuni Shahir, Siti Nur Amalin Aishah Mohd Khir (UMK Kota) dan Muhammad Nizar Fahim Mustafa (UMK Jeli).

260223-05-01.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png4.png6.png
Today158
Yesterday316
This week158
This month8094
Total286246

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search