GLOBAL

General

PROGRAM MEET AND GREET PLATFORM PERKONGSIAN DAN PENGALAMAN ALUMNI UMK

PUTRAJAYA, 21 Mei 2023 I Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni (PKPA), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah menganjurkan Program Meet & Greet Alumni UMK Siri 01/2023, di Putrajaya sebagai platform penting mengeratkan hubungan di antara pihak UMK dan alumni.

110623-01-02.jpg

Program yang berlangsung di Mercure Living Putrajaya itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail.

110623-01-04.jpg

Menurut Prof. Dr. Mohammad, program Meet & Greet Alumni ini siri pertama bagi tahun 2023 telah dihadiri seramai 55 orang Alumni UMK daripada pelbagai batch dan fakulti yang menetap atau bekerja di sekitar Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur.

Katanya, platform ini juga membuka ruang dan peluang kepada alumni UMK untuk bersua muka dalam suasana berlainan agar mereka dapat merasakan bahawa pihak Universiti juga masih mengambil perhatian dan kebajikan mereka walaupun telah menamatkan pengajian di UMK.

110623-01-01.jpg

“Antara pengisian program ialah sesi dialog dan perkongsian pengalaman oleh Ketua Pegawai Operasi, TDC Holdings Sdn. Bhd., En. Mohd Hafizuddin Hiew Bin Abdullah. Beliau antara batch pertama Alumni 2011 (Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian) dengan Kepujian) dan Alumni 2015 - Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

“Selain itu, turut berlangsung perkongsian pengalaman kerjaya oleh Penolong Pengarah, Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif, Majlis Amanah Rakyat (MARA), En. Hasnan Bin Harun(Alumni UMK 2014, dari program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan),” katanya.

110623-01-05.jpg

Turut hadir, Pengarah PKPA UMK, Prof. Madya Dr. Mohd Fadil Bin Mohd Yusof, Penolong Pendaftar Kanan PKPA UMK, Encik Mohd Norhafizan Bin Muhammad dan Pegawai Tadbir PKPA, Puan Nurul Ashikin Binti Mohd Lukman

Program diakhiri dengan makan tengahari dan sembang santai antara alumni dan pihak Pengurusan Universiti untuk percambahan idea bagi mempromosikan perniagaan para Alumni UMK serta tips membina kerjaya.110623-01-03.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png1.png8.png
Today130
Yesterday316
This week130
This month8066
Total286218

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search