GLOBAL

General

800 WARGA UMK SEMARAKKAN PROGRAM WACANA MALAYSIA MADANI


BACHOK, 12 Jun 2023 I Seramai 800 warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) termasuk mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan dan pelajar Kolej Vokasional Bachok menyertai Wacana Malaysia Madani anjuran Pusat Pemikiran Keamanan dan Kesejahteraan Insan (PEMIKIR), Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI), di Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMK Bachok, Kelantan.

160623-02-01.jpg
Program wacana Malaysia MADANI telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.
Program yang menampilkan dua tokoh ilmuwan iaitu Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaysa (UM) dan Profesor Jabatan Pengajian Ketamadunan dan Kenegaraan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Zaid Ahmad dan moderator iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Muhammad Razak Idris.

160623-02-02.jpg
Sesi wacana dimulakan dengan pembentangan pertama oleh Prof. Dr. Zaid bertajuk Membangun Malaysia MADANI: Falsafah, Konsep dan Halatuju yang menjelaskan secara terperinci tentang kefahaman, falsafah dan matlamat di sebalik konsep madani.
Pada sesi pembentangan kedua, Prof. Datuk Dr. Azizan mengupas mengenai tajuk Membangun Malaysia MADANIi : Strategi, Pengukuhan dan Kelestarian.
Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Razli berkata, program Wacana Malaysia Madani UMK diadakan seiring dengan usaha kerajaan untuk memacu pembangunan negara berasaskan Enam Rukun Madani iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Insan.
Beliau percaya, kerukunan hidup keluarga besar UMK dan institusi pendidikan di Kelantan ini dapat disemai dengan harmoni sekali gus mampu menyokong Pembangunan Mampan dan tadbir urus yang baik.

160623-02-03.jpg
“Konsep Madani bukanlah suatu perkara yang asing dalam perbahasan korpus ilmu ketamadunan, sosiologi dan kemasyarakatan. Baik dalam tradisi Islam atau tradisi Barat, wacana berkaitan konsep Madani telah dikupas dengan begitu kritikal oleh para ilmuwan seperti Al-Farabi, Ibn Khaldun, Miskawayh, John Locke dan lain-lain.

160623-02-04.jpg
“Dalam konteks Malaysia, konsep Madani telah dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar tahun 1996-1997 melalui buku tulisan beliau 'The Asian Renaissance' (Kebangkitan Asia).
“Manakala yang terkini, beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau telah pun menulis buku bertajuk Membangun Negara Madani bagi merealisasi Malaysia Madani yang menjadi idaman,” katanya.

160623-02-06.jpg
Tambah beliau, dalam konteks UMK, konsep Madani ini telah cuba diterapkan melalui inisiatif Projek Makmal Sosial (Social Lab) hasil kerjasama erat antara UMK melalui Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan dan komuniti Kg. Takang, Bachok, Kelantan.

160623-02-07.jpg
“Hasil daripada projek ini sebuah buku hasil kajian selama 5 tahun (2017-2021) telah berjaya diterbitkan oleh Penerbit UMK berjudul Projek Makmal Sosial Berasaskan Model Hijrah al-Rasul: Sebuah Perjalanan Program Pembangunan Komuniti TAKANG MADANI. Anda boleh mendapatkan buku ini daripada pihak Penerbit UMK,” katanya.

160623-02-08.jpg

160623-02-09.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png4.png1.png7.png
Today329
Yesterday316
This week329
This month8265
Total286417

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search