GLOBAL

General

TRANSFORMASI DIGITAL DAN PEMERKASAAN ICT DI SEMUA UNIVERSITI AWAM TOPIK UTAMA MESYUARAT MAPITA


KOTA BHARU 20 Ogos 2023 I Agenda pemerkasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta perbincangan mewujudkan transformasi digital secara menyeluruh di semua Universiti Awam (UA) menjadi antara agenda utama mesyuarat Majlis Pengarah - Pengarah ICT IPTA (MAPITA) yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 16 Ogos 2023.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO) UMK, Prof. Ts. Dr Arham Abdullah berkata, mesyuarat ini adalah satu langkah penting ke arah mencapai matlamat utama untuk mewujudkan transformasi digital menyeluruh yang akan memberi impak positif kepada setiap aspek operasi dan pencapaian dalam menyokong inisiatif pendigitalan.

050923-03-02.jpg


Beliau berkata, UA akan memberi komitmen selaku penggerak (enabler) dalam memajukan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di dalam IPTA masing-masing.
“Era digital nyata memberi impak, cabaran dan peluang yang besar dalam kehidupan dengan digitalisasi, ia memudahkan segala urusan dan semuanya dalam talian.
“UA akan terus meningkatkan perkhidmatan ICT seperti perkhidmatan internet, pelayan (server), storan, kebolehcapaian data dan maklumat, pembangunan sistem aplikasi secara integrasi, perkomputeran awan, keselamatan ICT dan banyak lagi bagi memenuhi keperluan pelajar, fakulti, pensyarah, penyelidik dan warga yang semakin berkembang.
“Lebih daripada sekadar penggunaan teknologi, ia melibatkan pemikiran strategik dan tindakan berani dalam merevolusikan cara kita bekerja, berinteraksi, dan memberikan nilai kepada pemegang taruh, pelanggan, rakan strategik dan pemain industri ICT,” katanya ketika menyempurnakan perasmian “Technology Update” sempena Mesyuarat MAPITA 2023, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengerusi MAPITA, merangkap Ketua Pegawai Digital, Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP); Ts. Nasrudin Abd Shukor, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Tinggi, Pn. Harlina Othman,
Timbalan Pengerusi MAPITA merangkap Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (UPM); Ts. Faizal Daud dan Pengarah Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) UMK, Ts. Wan Azlee Hj. Wan Abdullah.

050923-03-03.jpg
Menurut Ts. Prof. Dr. Arham, dalam usaha memastikan agenda pendigitalan itu berjalan lancar, UA haruslah membuat persediaan awal termasuk kajian terperinci bagi menambah baik perkhidmatan sedia ada.
Justeru, adalah menjadi hasrat UMK untuk menjadikan platform perkongsian ini dapat dimanfaatkan dalam usaha mengetengahkan strategi dan pendekatan baharu, eksplorasi teknologi terkini di samping berkolaborasi antara Universiti-Agensi Kerajaan-Industri.
“Sejajar dengan momentum ini, pihak UMK telah memperuntukkan hampir RM10 juta untuk tempoh lima tahun bermula 2019 hingga 2023 dalam usaha menaik taraf kelajuan capaian internet daripada 1Gbps kepada 6.4 Gbps dengan kerjasama Telekom Malaysia.”
“UMK juga telah menaik taraf infra rangkaian (backbone) dengan peningkatan Core Switch (40 Gbps) setiap kampus, pembelian pelayan Hyper Convergence (high performance), peningkatan storan bagi Data Center, jaminan keselamatan dengan Secure Socket Layer (SSL) VPN Web Application Firewall (WAF) dan banyak lagi.”
“Secara umumnya, UMK telah melaksanakan beberapa insiatif pendigitalan seperti Digital Maker Studio (Makers@UMK) dalam membina bakat generasi muda dan mempersiapkan mereka untuk kerjaya digital pada masa hadapan,” katanya.

050923-03-04.jpg
Selain itu, Prof. Ts. Dr. Arham memaklumkan bahawa Element 4IR diintegrasikan dalam kurikulum dan aktiviti pembangunan pelajar, pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti Pencetakan 3D, Robotik, AR/VR American Corner UMK di Perpustakaan bagi meningkatan pengalaman pembelajaran digital atau teknologi dengan kerjasama United States of America (USA).
“Tidak ketinggalan, kemudahan IR4.0 Computer Centre di bawah Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG) dan Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) bagi tujuan pelaksanaan program berkaitan bidang teknologi maklumat, sains data dan kepintaran buatan.
“Pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dan banyak lagi sistem-sistem aplikasi bersepadu yang dibangunkan secara dalaman oleh CCI.
Sementara itu, Ts. Wan Azlee berkata, beliau percaya untuk merealisasikan agenda pemerkasaan dan pendigitalan secara menyeluruh di semua UA tidak akan tercapai sekiranya universiti itu bergerak secara bersendirian.
“Berdasarkan platform MAPITA ini pelbagai inisiatif, keputusan terhadap masalah ICT telah dirangka secara bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, lalu dapat diterjemahkan dalam tadbir urus operasi masing-masing melibatkan pihak pengurusan hingga kepada staf operasi kerana transformasi digital ini akan ppmelibatkan semua lapisan dan fungsi.
“Akhirnya, meningkatkan kepuasan pelanggan, pemegang taruh, dan mencapai kecemerlangan yang dihasratkan,” katanya.

050923-03-05.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png9.png3.png
Today305
Yesterday316
This week305
This month8241
Total286393

Who Is Online

4
Online

2024-04-29

Search