GLOBAL

General

UMK TERIMA SUMBANGAN AMANAHRAYA RM64,000 UNTUK KUPON MAKANAN PELAJAR


KOTA BHARU, 9 Ogos 2023 I Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) menyerahkan sumbangan sebanyak RM64,000.00 kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Program CSR AmanahRaya-Sumbangan Kupon Makanan Pelajar Asnaf UMK di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya Berhad, En. Ahmad Feizal Sulaiman Khan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UMK Prof. Dr. Mohammad Ismail.

050923-07-01.jpg
Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, Prof. Dr. Aweng A/L Eh Rak, Pengarah Pusat Islam UMK, Prof. Madya Dr. Mohd Zain Mubarak, Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan AmanahRaya, Pn. Siti Azura Shamsuddin, Ketua Cawangan AmanahRaya Kota Bharu, Pn. Noorashikin Roselee dan Ketua Pegawai Esekutif Yayasan AmanahRaya, En. Mohd Khairuddin Harun.
Menurut Prof. Dr. Mohammad, pihak AmanahRaya memperuntukkan sebanyak RM64,000.00 untuk program kupon makanan percuma kepada 100 orang pelajar UMK yang terpilih untuk satu semester pengajian.

050923-07-02.jpg
Katanya, sumbangan ini merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) AmanahRaya bersama UMK dalam menyelami denyut nadi pelajar.
“Hampir 80 peratus pelajar UMK tergolong dalam kumpulan B40 dan menerusi sumbangan CSR dari AmanahRaya ini adalah sangat di alu-alukan kerana dapat membantu pelajar terutama dari kumpulan Asnaf.
“Pihak HEPA secara umumnya sentiasa berusaha mencari sumbangan daripada industri bagi memperbanyakan sumbangan agar bebanan pelajar dapat dikurangkan.
“Saya turut memohon agar program ini bukan hanya one-off sahaja, semoga akan ada lagi sumbangan dan kerjasama dengan AmanahRaya di masa hadapan terutama dalam program berbentuk keusahawanan pelajar,” katanya.

050923-07-03.jpg
Sementara itu, En. Ahmad Feizal memaklumkan bahawa AmanahRaya menerusi Yayasan AmanahRaya sentiasa cuba mengambil peluang dan ruang bagi membantu pelajar teruatamanya pelajar Asnaf dari keluarga berpendapatan rendah atau B40.
“Justeru, inisiatif dan keperihatinan AmanahRaya ini adalah seiring dengan objektif dan program CSR iaitu memperkasa masyarakat yang memerlukan bantuan melalui sumbangan tajaan dan agihan zakat korporat.
“Ini juga sebagai mempratikkan amalan “Give Back The Community’ melalui beberapa siri inisiatif CSR yang diadakan empat kali setahun. Pada kali ini, kami memilih UMK untuk menerima sumbangan berbentuk bantuan kupon makanan,” katanya.

050923-07-04.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png7.png9.png
Today291
Yesterday316
This week291
This month8227
Total286379

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search