GLOBAL

General

HANYA LIMA PERATUS STAF UNIVERSITI AWAM ALAMI MASALAH PSIKOLOGI

KOTA BHARU 18 Oktober 2023 I Hanya lima peratus sahaja staf di Universiti Awan (UA) daripada pelbagai skim perkhidmatan dikesan mengalami masalah psikologi dan keadaan itu masih terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Psikologi Dan Kaunseling Staf Universiti Awam (JKPPsiKUA), Puan Fazielah Mohamad berkata, mereka yang dikesan ini selepas berlakunya isu pandemik Covid -19 pada dua tahun lalu.

181023-02.jpg

Katanya, pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah psikologi itu antaranya berpunca dari tekanan kerja, masalah kewangan, keluarga dan kesihatan, kurang motivasi serta latihan.

“Justeru itu, individu yang terlibat dengan masalah ini telah diberi khidmat rujukan dari  kaunselor profesional secara dalaman.

181023-03.jpg

“Selain itu, pelbagai program dan modul kesejahteraan dan kesihatan mental telah dilaksanakan melibatkan semua staf IPT oleh pasukan para kaunselor di semua IPT dengan pelbagai kaedah dan intervensi dalam proses membantu serta sokongan kepada individu terbabit,” katanya pada Persidangan Psikologi Kaunseling IPT Kebangsaaan 2023, Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, hari ini.

181023-04.jpg

Persidangan bertemakan Memperkasa Idealisma Membimbing, Teras Kesejahteraan Masyarakat Madani’, itu telah disempurnakan perasmian oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail.

Turut hadir, Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Abdul Halim dan Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Muhazam Mansor.

Seramai 200 Pegawai Psikologi dan Kaunselor Profesional yang berkhidmat di 20 Universiti Awam (UA) menghadiri Persidangan Psikologi Kaunseling IPT Kebangsaaan 2023 yang dihoskan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

181023-06.jpg

Persidangan ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Pengurusan Psikologi Dan Kaunseling Staf Universiti Awam (JKPPsiKUA) dan Seksyen Pembangunan Staf, Bahagian Pengurusan & Kecemerlangan Bakat, Pejabat Pendaftar UMK.

Menurut Prof. Dr. Mohammad, persidangan kali ini membawa para peserta menelusuri perkongsian ilmu dan garapan idea berkaitan insiatif membimbing bukan hanya di kalangan profesional bidang psikologi dan kaunseling, namun mencapah menjangkaui setiap dimensi masyarakat.

181023-07.jpg

Beliau berkata, idealisme membimbing itu sememangnya penting sementelah masyarakat kini sering terpalit dengan isu-isu psikologi, kaunseling dan kesihatan mental saban hari.

“Saya berharap impak persidangan ini dapat memberi banyak manfaat kepada semua peserta dan ianya dapat memperkasa fungsi dan peranan profesion kaunseling serta psikologi dalam usaha membantu masyarakat yang berkaitan dengan isu kesihatan mental,” katanya.

Sempena persidangan itu turut diadakan Segmen Bersama Selebriti oleh Amin Idris yang mengupas ceramah motivasi bertajuk Kesihatan Mental: Mengurus Emosi, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, pada 19 Oktober 2023.

181023-8.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png4.png9.png
Today261
Yesterday316
This week261
This month8197
Total286349

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search