GLOBAL

General

REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ALAMAT

JELI 23 Oktober 2023 I Benar kata pepatah, rezeki tidak pernah salah alamat.
Nur Ainil Nadhirah Murazmi, 20, antara insan yang bertuah selepas berjaya mendapat perhatian pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK), untuk melanjutkan pengajian di UMK bagi Sesi 2023/2024.

261123-01-02.jpg
Walaupun pada awalnya, Nur Ainil Nadhirah sudah berputus asa dan sudah menganggap ini belum rezekinya untuk masuk Universiti selepas tidak membuat pengesahan bagi persetujuan terima masuk ke UMK sebelum 30 Oktober ini.
Ibunya, Noriza binti Mohamed Yaacob, 46, tidak mampu untuk menyediakan wang yuran sebanyak itu seperti dalam surat tawaran kerana hanya bekerja sebagai pekerja am (cleaner) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Krai, Kelantan.
Namun, dengan keperihatinan UMK melalui Seksyen Tatatertib & Kebajikan Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Pusat Islam UMK beliau akhirnya diterima masuk untuk melanjutkan pengajian di UMK.
Menurut Noriza, beliau melahirkan rasa terharu dan gembira apabila pihak UMK tampil membantu untuk menjelaskan bayaran yuran pendaftaran termasuk menyediakan tempat penginapan untuk anaknya.

261123-01-03.jpg
“Kami sekeluarga bersyukur kerana Nadhirah dapat mendapat tawaran belajar di UMK. Kami tidak mampu untuk menyediakan wang yuran kerana ada anak-anak yang masih bersekolah dan tidak ada sumber pendapatan lain.
“Terima kasih kepada UMK yang cakna dengan masalah anaknya dengan menyediakan kemudahan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah kewangan,” katanya.
Beliau berharap anaknya, Nadhirah belajar bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan kepada pengajian dan berjaya membawa pulang segulung ijazah untuk mengubah kehidupan kami sekeluarga sebaik mungkin.
Nur Ainil Nadhirah mendapat tawaran mengikuti program Ijazah Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk), Fakulti Industri Asas Tani (FIAT).
Sementara itu, Prof. Dr. Mohammad berkata, pihak HEPA sentiasa prihatin dengan masalah kewangan pelajar dari kalangan asnaf dan B40 yang tidak berkemampuan untuk membayar yuran pendahuluan bagi proses pendaftaran kemasukan ke universiti.
Beliau berkata, antara bantuan yang disediakan untuk pelajar baharu dari golongan asnaf dan B40 ialah bantuan pembiayaan yuran pengajian (melalui zakat Pusat Islam UMK), kemudahan komputer riba, menu madani (dua kali sehari) dan penginapan.

261123-01-06.jpg
“Pelajar yang telah menerima surat tawaran kemasukan tetapi tidak mampu menyediakan bayaran yuran pendahuluan kemasukan diminta untuk melaporkan diri terlebih dahulu mengikut surat tawaran seperti kes Nur Ainil Nadhirah.
“HEPA, wakil Pusat Islam dan Dekan FIAT sentiasa akan membantu mereka ini dan hari ini kami telah segerakan proses pendaftaran Nur Ainil Nadhirah supaya dapat mendaftar di UMK,” katanya.

261123-01-05.jpg
Tambah beliau, UMK sentiasa berusaha membantu pelajar yang mengalami masalah kewangan dan kesusahan kerana tidak mampu membayar yuran.
“Alhamdullilah, dengan sumbangan ini akan mengurangkan sedikit beban keluarga pelajar ini untuk memulakan pengajian di UMK. Kita mahu pelajar ini memberi perhatian sepenuhnya pada pengajian untuk bantu keluarga.
“Saya berharap Nadhirah dapat mengubah taraf hidup mereka dan keluar dari kepompong B40,” katanya.

261123-01-04.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png3.png3.png
Today145
Yesterday316
This week145
This month8081
Total286233

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search