GLOBAL

General

UMK UMUM PELANTIKAN 28 PENJAWAT PENTADBIRAN GILIRAN BERKUATKUASA JANUARI 2024


BACHOK 9 Januari 2024 I Seramai 28 staf Penjawat Pentadbiran Giliran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima watikah pelantikan berkuatkuasa pada 9 Januari 2024.
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatan Pentadbiran Giliran tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, di Bilik Seminar 1, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Abd. Halim.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, menerusi pelantikan baharu ini masing-masing yang dilantik dapat bergerak dan bekerja bersama untuk kemajuan UMK.
Katanya, pada tahun 2024 ini semua pihak dapat menyemat azam untuk bekerja dan berusaha dengan lebih gigih agar dapat membuahkan hasil yang baik.
“Justeru, untuk memastikan perubahan positif ini berlaku, kita sebagai pemimpin seharusnya memupuk sifat daya tahan (resilience) yang tinggi dan juga berpegang kepada integriti dan etika kerja yang tinggi.
“Sesungguhnya, sifat berdaya tahan, berintegriti dan beretika tinggi ini perlu dijadikan fitrah dan tradisi dalam diri kita untuk mendepani arus perubahan ekonomi dan sosial masa kini.
“Dalam hal ini, kita tidak boleh berkompromi lagi dalam memelihara kualiti dan etika kerja. Inilah transformasi diri yang kita mesti capai dan kekalkan dalam menghadapi cabaran yang mendatang,” katanya.
Sementara itu, UMK merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada 28 staf UMK yang baharu dilantik dan semoga terus menyumbang khidmat bakti kepada UMK untuk mencapai matlamat serta aspirasi strategik universiti sebagai Universiti Keusahawanan di suatu masa nanti.

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png0.png0.png
Today112
Yesterday316
This week112
This month8048
Total286200

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search