GLOBAL

General

BICARA INSPIRASI TEKNO HUFFAZ: PERKONGSIAN PENGALAMAN PROGRAM ASASI TEKNOLOGI MAKLUMAT HUFFAZ


JELI, 23 Jan 2024 I Pusat Pengajian Asasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK-AsCent) telah menganjurkan program Bicara Inspirasi Tekno Huffaz bersama Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi Ismail, di Bilik Lansium, Bangunan Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), UMK Kampus Jeli.

040224-02-02.jpg
Program ini adalah sesi perkongsian inspirasi serta pengalaman tentang program Tekno Huffaz kepada para pelajar dan pensyarah UMK-AsCent.
Program ini adalah program bersiri yang diadakan di setiap sesi akademik untuk pelajar lebih memahami bidang Teknologi dan Tahfiz lebih mendalam dari sudut pandang Dato’ Dr Noor Azizi kepada para pelajar.

040224-02-04.jpg
Selain itu, Program Bicara Inspirasi Tekno Huffaz merupakan perancangan UMK- AsCent bagi memperkukuhkan hubungan silaturrahim bersama pengasas Program Asasi Teknologi Maklumat Huffaz untuk perkongsian nasihat yang boleh dimanfaatkan oleh pelajarberguna kepada pelajar.

040224-02-05.jpg
Turut berlangsung, segmen bersama dekan jemputan iaitu Dekan FSDK, Prof. Madya Ts. Dr. Hasyiya Karimah Adli dan Pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insan (FBI) Burhan Bin Che Daud untuk berkongsi hala tuju pelajar selepas tamat pengajian di peringkat asasi.

040224-02-06.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png9.png0.png
Today302
Yesterday316
This week302
This month8238
Total286390

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search