GLOBAL

General

UMK SAMBUT BAIK SARANAN PERDANA MENTERI DALAM STRATEGI PEMERKASAAN PENDIDIKAN TINGGI NEGARA

 

KUALA LUMPUR, 7 Januari 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyambut baik pendekatan dan saranan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Universiti melakukan pendekatan baharu dalam usaha menyokong strategi pemerkasaan agenda pendidikan tinggi negara.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, Perdana Menteri menyarankan supaya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan ruang dan kelonggaran kepada pimpinan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mewujudkan idea-idea baharu yang akhirnya akan melahirkan mahasiswa berdisiplin serta berkualiti tinggi.
Beliau berkata, dengan ini IPT dilihat mampu bersaing dengan lebih baik di peringkat serantau dan dunia. “Secara tidak langsung penyelesaian masalah dalam sektor pendidikan tinggi negara dapat ditangani oleh pimpinan Universiti.
“Dalam ucapan perasmian itu, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim melihat di peringkat KPT hanya perlu bertanggungjawab sebagai penyelaras bagi mengelakkan sebarang pertindihan” katanya pada program Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, pada 5 Januari 2024.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah dan Pengarah Pusat Strategik dan Risiko, Prof. Madya Ts. Dr. Zuraimi bin Abdul Aziz.
Program itu dihadiri lebih 500 peserta khususnya golongan akademia dari barisan Pengurusan Tertinggi KPT, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam (UA), Pengurusan Utama UA, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti, industri dan pakar rujuk serta pemikir sepanjang wacana dua hari dengan objektif utama sebagai platform kepada semua pihak berkepentingan dalam landskap pendidikan tinggi.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, YB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dalam ucapan perasmian penutup Wacana Strategi KPT semalam menyarankan supaya warga KPT yang ditunjangi oleh IPT di tanah air perlu menjadi minda kepada rakyat.
Menurut Dato’ Dr. Hassan Basri, YBM Menteri memaklumkan bahawa di KPT terkumpul segala cerdik pandai dan cendekiawan dari pelbagai bidang kepakaran yang perlu dikumpulkan kekuatan mereka ke arah memacu negara menjadi sebuah negara yang dihormati bukan hanya di rantau ini malah seantaro dunia.
“Justeru, wacana ini bukan sekadar platform tetapi menyediakan wahana kepada semua pihak berkepentingan dalam landskap pendidikan tinggi khususnya golongan akademia.
“Melalui saranan, perkongsian idea, pemikiran dan hala tuju oleh Perdana Menteri ini perlu disambut dan diperincikan secara mendalam oleh pimpinan universiti sebelum kita membentuk perjalanan pendidikan tinggi negara.
“Insya-Allah, saya percaya UMK dapat menghasilkan sesuatu yang lebih proaktif dan berkesan berkenaan halatuju dan pelan strategi Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya dalam agenda pemerkasaan pendidikan keusahawanan sebagai tujahan Universiti dalam mencapai misi dan visi Universiti,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png1.png4.png
Today26
Yesterday316
This week26
This month7962
Total286114

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search