GLOBAL

General

TELAGA TIUB UMK BEKAL 79 RIBU GELEN AIR SEHARI


KOTA BHARU 28 Februari 2024 I Kira-kira 3,000 pelajar dan 700 staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mendapat manfaat sumber air bersih daripada pembinaan projek telaga tiub dan sistem penapisan air alternatif di tangki air utama di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok Kelantan.

180324-10-02.jpg
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dalam temubual khas bersama wartawan TV3, En Shahnun Hanif di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa memaklumkan Projek Pembinaan Telaga Tiub UMK telah berjaya membekalkan sebanyak 79,000 gelen air bersih dalam sehari.
UMK telah membelanjakan hampir RM300,000.00 bertujuan untuk menyokong pembekalan sumber air kepada warga UMK Bachok.
Projek telaga tiub dan sistem penapisan air ini telah dibangunkan dengan menggunakan kepakaran dalaman UMK, iaitu daripada pihak Pusat Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur dengan kerjasama Fakulti Sains Bumi (FSB).

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png6.png0.png
Today272
Yesterday316
This week272
This month8208
Total286360

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search