GLOBAL

General

CUACA PANAS DAN KERING PUNCA KEBAKARAN HUTAN GELAM UMK

BACHOK 28 April 2024 I Cuaca panas dan kering menjadi penyumbang utama  berlakunya kebakaran hutan gelam di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, semalam.

Kebakaran tanah gambut yang bermula dari Kampung Mujur Bachok  itu dipercayai merebak dengan cepat ke kawasan hutan gelam UMK berikutan angin kuat dan cuaca kering.

Pihak Keselamatan UMK, memaklumkan bahawa kebakaran itu menyebabkan hampir 80 peratus kawasan hutan gelam UMK musnah dalam kejadian yang dikesan kira-kira jam 1.30 tengahari pada 27 April 2024.

020723-03-01.jpg

Kejadian dipercayai berpunca dari kebakaran yang berlaku di kawasan tanah penduduk kampung yang bersempadan dengan kawasan hutan gelam UMK.

Kebakaran sukar di kawal berikutan tanah gambut yang kering dan angin kuat.

020723-03-02.jpg

Sebaik sahaja kebakaran dilaporkan, dua jentera Bomba dan Penyelamat Bachok bersama sembilan anggota tiba ke lokasi kejadian lpada jam 3.58 petang.

Pihak bomba menghantar pasukan peninjau ke lokasi kebakaran menggunakan motosikal tetapi jentera bomba gagal sampai ke lokasi sebenar kebakaran kerana masalah jalan yang rosak dan tiada sumber air.

020723-03-03.jpg

Sementara itu, pihak keselamatan UMK sudah mengambil beberapa langkah termasuk sentiasa memantau dan meronda kawasan sekitar kejadian.

Pihak keselamatan telah mengambil langkah sebaiknya bagi mengelakkan kebakaran itu berulang.

020723-03-04.jpg

Justeru, beliau mengingatkan warga UMK sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa kerana kejadian tersebut menyebabkan keadaan yang tidak selesa berikutan UMK dilanda jerebu.

020723-03-06.jpg

 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

2
Online

2026-01-26

Search