BACHOK 6 Mei 2024 I Seramai 100 warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menunaikan solat sunat Istisqa' di Padang Pusat Sukan, UMK Bachok, hari ini bagi memohon hujan berikutan fenomena cuaca panas dan kering yang berlarutan beberapa bulan lalu.
Solat sunat dua rakaat telah diimamkan oleh Pengarah Pusat Islam UMK, Prof. Madya Dr. Mohd Zain Bin Mubarak dan disusuli khutbah ringkas selama 10 minit.
Program anjuran Pusat Islam dengan kerjasama Rakan Masjid UMK itu turut dihadiri Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.
Menurut Ketua Rakan Masjid UMK, Muhammad Al Amin, ibadah sunat Istisqa sebagai ikhtiar memohon hujan dari Allah SWT berikutan keadaan cuaca panas yang berlarutan.
Katanya, solat sunat bermula pada jam 8.00 pagi diiikuti dengan khutbah ringkas dan diakhiri dengan doa semoga permohonan pada pagi dimakbulkan.
“Allhamdullilah , majlis berjalan lancar dan moga kita bersama-sama memohon Allah menurunkan hujan bermanfaat kepada negeri Kelantan khususnya UMK,” katanya.
